Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri Hingga Malam Ini

Athirah
hujan lebat 9 negeri
Kredit: Bernama

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga jam 9 malam ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pahang, manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Kedah yang melibatkan daerah Baling.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Di Kelantan, amaran yang sama dikeluarkan untuk kawasan Gua Musang, manakala kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu turut terlibat dalam amaran yang dikeluarkan oleh jabatan ini.

Beralih ke Selangor, antara daerah yang meliputi dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Hulu Langat.

Menurut MetMalaysia, amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Di Johor, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Segamat.

Sementara itu, daerah Kuching, Sri Aman, Sibu (Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) serta Miri (Marudi) di Sarawak antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

BACA: Ahli Astronomi Sahkan Serpihan Meteor Jatuh Di Jawa Barat
BACA: Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Terlibat Dalam Aktiviti, Majlis Libat Minuman Keras – CUEPACS

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook