Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Pempengaruh Ditemui Mati Dalam Keadaan Mencurigakan Di Kawasan Gunung
Seorang pempengaruh Korea Selatan, Yoon Ji-ah ditemukan dalam keadaan mencurigakan di kawasan kawasan pergunungan Muju, Wilayah Jeolla Utara.
Astro Awani melaporkan mangsa dipercayai diserang berikutan pertikaian dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai penaja VIP dalam industri penstriman.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dan mempunyai lebih 300,000 pengikut di TikTok dilaporkan ditemui tidak bernyawa pada 11 September lalu.
Insiden itu berlaku kira-kira 30 minit selepas Yoon Ji-ah menamatkan siaran langsung terakhirnya dari Pulau Yeongjong, Incheon, iaitu kawasan yang terletak lebih tiga jam dari lokasi penemuan mayatnya.
Pihak berkuasa mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas berpunca daripada tekanan pada leher.
Dalam pada itu, mangsa turut didapati mengalami lebam serta kecederaan fizikal yang menunjukkan tanda-tanda serangan.
Suspek, seorang lelaki berusia 50-an telah ditahan pada 13 September selepas rakaman CCTV menunjukkan dia memaksa mangsa untuk masuk semula ke dalam sebuah kenderaan pada kira-kira jam 3.27 petang pada hari kejadian.
Menurut Astro Awani, suspek sebelum ini memperkenalkan dirinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat IT dan menggunakan nama samaran “Black Cat” di platform penstriman.
Menurut program penyiasatan SBS Curious Story Y, suspek dipercayai hidup dalam tekanan kewangan dan cuba memanipulasi kerjaya mangsa melalui jadual yang ketat dan arahan bersifat paksaan.
Difahamkan, mangsa dilaporkan mahu menamatkan kerjasama tersebut sebelum insiden berlaku.
“Dia (suspek) kelihatan terdesak dan merayu agar Yoon tidak memutuskan hubungan perniagaan mereka,” kata sumber industri yang enggan dikenali.
Selepas kejadian, suspek dilihat membawa sebuah beg besar ke kawasan pergunungan dan berhenti di lapan lokasi berbeza dipercayai untuk mengaburi siasatan.
Suspek pada awalnya menafikan penglibatan dalam kejadian itu, namun kemudian mengaku selepas dimaklumkan bahawa mayat mangsa telah ditemui.
Sumber: Astro Awani