Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Anda Mungkin Alami Masalah ‘Ini’ Jika Tidur Terlalu Lama Setiap Hari
Pernahkah anda berasa seolah-olah ingin tidur sepanjang hari? Selepas pulang dari kerja, anda hanya mahu berehat dan tidur, hujung minggu pula dihabiskan di atas katil, sehinggakan jam loceng pun tidak lagi berfungsi.
Ramai menganggap keadaan ini sekadar berpunca daripada keletihan atau rasa malas, namun tahukah anda bahawa tidur berlebihan sebenarnya boleh menjadi tanda kepada sesuatu yang lebih serius?
Dalam kehidupan moden yang penuh tekanan, tidur sering dianggap sebagai cara paling mudah untuk menenangkan fikiran dan memulihkan tenaga.
Namun, apabila seseorang masih berasa lesu walaupun sudah tidur lama, atau lebih gemar tidur daripada berinteraksi dengan orang lain, itu mungkin bukan sekadar keletihan biasa.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa tidur berlebihan iaitu melebihi 9 hingga 10 jam sehari boleh dikaitkan dengan masalah seperti kemurungan, gangguan emosi dan tekanan mental yang berpanjangan.
Justeru, SK kali ini akan menjelaskan kepada anda hubungan antara tidur dan kemurungan dan cara mengenal pasti bila tabiat “tidur berlebihan” itu sebenarnya menjadi petanda yang perlu diberi perhatian, menurut Hello Doktor.
Adakah anda selalu tidur lebih lama dari biasanya? Jika ada, ia mungkin adalah tanda kemurungan.
Masalah tidur dan kemurungan mempunyai faktor risiko dan ciri-ciri biologi yang sama. Masalah tidur juga boleh dikaitkan dengan penyakit depresi yang serius.
Masalah tidur merupakan salah satu tanda utama untuk kemurungan. Apabila rasa tertekan, sama ada anda akan tidur terlalu lama atau tidak cukup tidur. Terlebih tidur atau dikenali sebagai hipersomnia, merupakan suatu gangguan tidur. Kurang tidur atau dikenali sebagai insomnia, adalah gejala biasa bagi individu yang tertekan.
Walau bagaimanapun, individu yang kurang tidur mempunyai risiko sebanyak 10 kali ganda lebih tinggi untuk menghidapi kemurungan berbanding dengan mereka yang cukup tidur.
Kita semua pasti akan berasa sedih dari semasa ke semasa, tetapi kesedihan yang bertempoh panjang akan menyebabkan kita berada dalam keadaan tegang dan tertekan.
Simptom kemurungan termasuk:
Berasa sedih atau bersalah
Berasa diri sendiri tidak berharapan dan bernilai
Berasa letih, cemas, dan mudah marah
Hilang minat untuk perkara yang menyeronokkan
Tidak berlarat
Susah untuk fokus, fikir atau buat keputusan
Perubahan selera makan yang membawa perubahan berat badan
Keperluan untuk tidur bertambah atau menurun
Jika anda ada sekurang-kurangnya lima simptom di atas selama dua minggu atau lebih, anda harus berjumpa dengan doktor untuk mendapat diagnosis yang sesuai.
Sumber: Hello Doktor