Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Harga Runcit RON97 Turun 3 Sen Seliter, RON95 Kekal RM2.60
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak tiga sen kepada RM3.18 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Oktober 2025.
Menurut kenyataan itu, penurunan harga tersebut dibuat selaras dengan perubahan semasa harga pasaran minyak dunia.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga
“Bagi permulaan, harga runcit RON95 akan kekal pada harga RM2.60 seliter untuk bulan Oktober 2025,” ujar Kementerian Kewangan.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 9 Oktober hingga 15 Oktober 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:
Harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak tiga sen kepada paras RM3.18 seliter.
Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.
Sumber: Kementerian Kewangan