Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Proton Pindah 1400 Kakitangan
Kredit: Bernama

Proton Pindah 1,400 Kakitangan Pembuatan Ke Tanjong Malim

Athirah

Proton Pindah 1,400 Kakitangan Pembuatan Ke Tanjong Malim

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Proton Holdings Bhd (Proton) telah memindahkan 1,400 kakitangan bahagian pembuatan dari kilangnya di Shah Alam ke kemudahan Proton Tanjong Malim di Lembah Berteknologi Tinggi Automotif (AHTV), Perak, sekali gus menandakan berakhirnya pengeluaran kenderaan selama empat dekad di Shah Alam

Pengeluar kereta nasional itu berkata pengeluaran unit terakhir Proton Saga di kilangnya di Shah Alam pada 30 Sept, 2025 menandakan kejayaan pemindahan sepenuhnya pengeluaran model Saga ke kemudahan moden di Tanjong Malim.

Katanya, selain model Saga, turut dipindahkan ke hab pembuatan berteknologi tinggi di Tanjong Malim ialah model Persona, siri SUV X dan sedan S70, yang turut menempatkan kilang pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton.

Menurut Proton, dengan memusatkan semua aktiviti pemasangan, penyelidikan dan pembangunan, serta pembuatan, Proton telah menjadikan kemudahannya itu sebagai teras AHTV bertaraf dunia, dan diiktiraf sebagai salah satu tapak automotif utama di Asia Tenggara.

“Kilang itu merangkumi lima bahagian pengeluaran utama iaitu pemesinan enjin dan transmisi, penghentakan, pemasangan badan, cat, pencantasan dan pemasangan akhir, bagi membolehkan penyelarasan pengeluaran model yang lebih cekap seperti Proton Siri-X, S70 dan model ikonik, Saga.

“Proton Tanjong Malim beroperasi dengan berlandaskan prinsip industri 4.0, dilengkapi dengan mesin tekan mekanikal terbesar di Malaysia dan barisan pengeluaran enjin baharu, satu-satunya di luar China yang mengeluarkan enjin 1.5 TGDI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Proton berkata dengan memanfaatkan kapasiti pengeluaran kenderaan sebanyak 250,000 unit setahun di kemudahan itu, ia terus mengukuhkan rangkaian vendor tempatan menerusi penyetempatan komponen yang agresif.

Katanya, strategi tersebut menjadikan kilang itu sebagai hab utama eksport kenderaan pemanduan sebelah kanan bagi Kumpulan Geely di Asia Tenggara, dan lokasi pertama bagi kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia,

“Komitmen yang komprehensif memastikan rantaian bekalan yang berdaya tahan dan pertumbuhan yang kukuh bagi ekosistem pembekal tempatan di Malaysia dan pada masa sama membuka peluang pekerjaan baharu dan bernilai tinggi dalam sektor perindustrian EV serta perkhidmatan teknikal,” katanya.

BACA: Pempengaruh Ditemui Mati Dalam Keadaan Mencurigakan Di Kawasan Gunung

Sumber: Bernama