Pocky meraikan tahun bersejarah ini dengan wajah baharu, rasa yang lebih enak dan mengajak Gen Z untuk mencipta detik bermakna dengan #ConnectWithASmile Sejak kemunculan pertamanya pada tahun 1966, Pocky telah mengubah detik-detik sederhana menjadi hubungan yang bermakna.
Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-60 tahun dalam Berkongsi Kegembiraan, jenama biskut batang ikonik ini mengajak rakyat Malaysia memeriahkan kempen #ConnectWithASmile sambil menikmati resipi coklat yang diperbaharui, rasa lebih sedap, pembungkusan baharu serta pengalaman berkongsi yang menyeronokkan, yang meneruskan legasinya dalam menyatukan insan. Sehingga kini Pocky terus menjadi kegemaran pelbagai generasi, maka tidak hairanlah jika kotak merah ikoniknya mudah ditemui di rumah, di bilik darjah atau tersimpan dalam laci di pejabat.
Sama ada dinikmati sebagai snek harian, pembekal tenaga ketika sesi ulang kaji yang panjang, atau teman setia kala menonton filem, biskut batang rangup ini sememangnya cukup dekat di hati sejak bertahun-tahun lamanya.
Pocky meneruskan misi mencipta detik berharga melalui perkongsian yang menyeronokkan, lazat dan mudah dinikmati bersama kawan-kawan, rakan sekelas serta seisi keluarga.
“Selepas 60 tahun, Pocky terus menghubungkan insan dengan cara sederhana berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan. Walaupun gaya hidup berubah dan interaksi digital semakin menjadi kebiasaan, kami percaya hubungan sebenar sesama insan tetap penting. Pocky bukan sekadar jenama biskut batang, ia merupakan teman yang menghubungkan insan dan mengubah detik biasa menjadi istimewa. Sempena meraikan pencapaian bersejarah ini, kami cukup teruja untuk memperkenalkan pengalaman menikmati Pocky yang lebih baik sambil mengekalkan perkara yang paling disukai tentang jenama ini,” kata Lee Yeen Theng, Pengarah Urusan Glico Malaysia & International Cluster.
Sorotan utama sambutan ini tertumpu pada resipi Pocky Chocolate yang diperbaharui, menawarkan pengalaman menikmati coklat yang mengujakan dengan kemewahan rasa coklat menyaluti biskut rangup.
Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan Pocky dalam menyajikan cita rasa terbaik, di samping mengekalkan rasa asli yang cukup dikenali dan digemari oleh peminatnya turun-temurun. Kini hadir dengan reka bentuk pembungkusan yang lebih kontemporari, Pocky Chocolate versi baharu menyertai rangkaian pilihan popular jenama ini di pasaran bersama perisa Strawberry, Cookies & Cream, Milky Matcha, Double Chocolate, dan Milk. Kesemua perisa ini boleh didapati di seluruh negara di kedai fizikal dan dalam talian.

Tidak kira masa dan di mana pun jua, Pocky memberi peluang kepada peminatnya dari segenap peringkat usia untuk mengubah perkara yang biasa-biasa – seperti senyuman, perbualan atau perkongsian biskut batang – menjadi detik berharga yang mengeratkan hubungan sesama kita. Ikuti perkembangan terkini menerusi www.instagram.com/pockymalaysia.
