Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

10 Benda Penting Korang ‘Wajib’ Tahu Pasal Influenza
Sejak kebelakangan ini, media sosial mula ‘panas’ dengan pelbagai perkongsian mengenai kes influenza yang dikatakan semakin meningkat. Malah, ada yang mendakwa gejalanya jauh lebih teruk berbanding COVID-19.
Situasi ini menyebabkan ramai mula tertanya-tanya, adakah virus influenza berbahaya seperti COVID-19 dulu? Apa sebenarnya langkah terbaik untuk lindungi diri serta keluarga daripada jangkitan ini?
Bagi menjawab pelbagai persoalan yang sering timbul dalam kalangan masyarakat, Public Health Malaysia tampil berkongsi 10 soalan paling kerap ditanya tentang influenza.
Setiap persoalan disertakan dengan penjelasan ringkas dan mudah difahami agar kita semua lebih peka serta bersedia menghadapi wabak ini.
Influenza (flu) biasanya menyebabkan gejala:
Demam tinggi, menggigil
Batuk, sakit tekak
Hidung berair atau tersumbat
Sakit kepala, sendi dan otot
Letih dan lemah
Kadang-kadang muntah atau cirit-birit (lebih kerap pada kanak-kanak)
1 hari sebelum gejala muncul hingga 5–7 hari selepas sakit bermula.
Tidak perlu bagi kes individu.
Tapi jika ramai pelajar/staf jatuh sakit serentak di sekolah, taska, asrama atau pejabat pihak institusi perlu maklumkan kepada PKD untuk siasatan dan tindakan kawalan.
Tidak perlu tutup sekolah sepenuhnya.
Hanya murid atau staf yang bergejala perlu direhatkan di rumah hingga sembuh.
Sekolah disaran teruskan pemantauan, pembersihan kawasan, dan pengasingan pelajar bergejala.
Penutupan hanya dipertimbangkan jika kluster besar berlaku dan disahkan oleh PKD.
Doktor boleh menilai berdasarkan gejala klinikal.
Untuk pengesahan, boleh buat ujian RTK influenza (A/B) atau PCR di klinik atau hospital.
Ujian biasanya disyorkan untuk:
Pesakit risiko tinggi atau dimasukkan ke hospital
Pengesahan kes berkaitan kluster / institusi
Bagi penjawat awam:
Layak memohon Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin / Memerlukan Pengasingan (maksimum 5 hari setiap kes) jika ada surat pengesahan doktor bahawa anak perlu dikuarantin.
Termasuk penyakit berjangkit seperti influenza jika pegawai perubatan mengesahkan perlunya pengasingan.
Bagi pekerja swasta:
Tiada peruntukan wajib dalam undang-undang. Namun, boleh guna cuti rehat, cuti sakit, atau cuti kecemasan atas budi bicara majikan.
Setakat ini, tiada strain influenza baru yang berbahaya dikesan di Malaysia.
Kes meningkat disebabkan virus influenza bermusim
Kebanyakan pesakit pulih sendiri dengan rehat dan rawatan simptomatik (ubat demam, batuk, selsema).
Antiviral (Oseltamivir/Tamiflu) diberikan jika:
Pesakit risiko tinggi (kanak-kanak, warga emas, ibu hamil, pesakit kronik), atau
Pesakit dengan komplikasi / dimasukkan ke hospital.
Sangat digalakkan setiap tahun, terutamanya untuk:
Warga emas (≥60 tahun)
Pesakit kronik
Petugas kesihatan & penjaga warga emas
Vaksin membantu kurangkan risiko jangkitan teruk dan komplikasi.
Tutup mulut & hidung bila batuk/bersin
Basuh tangan dengan sabun atau sanitizer
Pakai pelitup muka jika bergejala
Elak tempat sesak
Rehat di rumah hingga sembuh
Influenza mungkin kelihatan seperti selsema biasa, tapi hakikatnya boleh menjadi ancaman serius. Ini terutama bagi warga emas, kanak-kanak kecil, dan mereka yang menghidap penyakit kronik.
Ingatlah, menjaga kesihatan bukan sekadar untuk cepat sembuh, tetapi juga untuk melindungi orang tersayang daripada turut dijangkiti.
BACA: 6 Cara Bantu Legakan Influenza
Sumber: Public Health Malaysia