Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Selalu Buat, Mekanik Dedah Risiko Tutup Enjin Tanpa Matikan “Aircond”

Azzwin
Tutup Enjin Tanpa Tutup "Aircond"
Kredit: Altimat Auto Garage

Ramai Selalu Buat, Mekanik Dedah Risiko Tutup Enjin Tanpa Matikan “Aircond”

Kereta sebagai pengangkutan memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan seharian. Dari menghantar anak ke sekolah hingga ke tempat kerja, ia sudah menjadi pilihan untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap hampir setiap tahun, aircond dalam kereta sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi kemewahan.

Namun begitu, masih ramai pemandu ada tabiat mematikan enjin tanpa menutup aircond terlebih dahulu.

Di sebalik keselesaan itu, tahukah anda tabiat kecil ini boleh memberi kesan untuk jangka masa yang panjang?

Hari ini, SK akan menjelaskan satu perkongsian menarik tentang risiko menutup enjin tanpa menutup aircond supaya anda tahu kenapa amalan yang dianggap remeh ini boleh ‘makan’ duit anda.

Untuk makluman pembaca, perkongsian ini diambil daripada mekanik menerusi akaun TikTok @Altimat Auto Garage.

Tak semestinya rosak, tapi bergantung kepada jenis kereta

Menurut mekanik tersebut, tabiat menutup enjin tanpa mematikan aircond tidak semestinya akan membawa kerosakan pada kereta.

Difahamkan, ia sebenarnya bergantung kepada usia dan jenis kenderaan yang digunakan, sama ada kereta lama atau kereta yang lebih moden.

Jika anda masih menggunakan kereta lama yang masih menggunakan sistem karburetor, tindakan menutup enjin sebelum menutup aircond boleh menyebabkan tekanan pada sistem tersebut.

Ini kerana sistem lama masih bergantung pada putaran enjin untuk menggerakkan compressor aircond. Jadi bila enjin dimatikan secara tiba-tiba, beban yang tidak dilepaskan dengan betul boleh menyebabkan kerosakan.

Namun bagi kereta moden, situasinya berbeza. Enjin dan sistemnya lebih efisien serta mampu menguruskan beban dengan baik.

Jadi, walaupun masih disarankan untuk mematikan aircond dulu sebelum mematikan enjin, ia tidak lagi menjadi isu besar seperti kereta lama.

Walaupun begitu, mekanik tetap menyarankan agar pemandu mematikan aircond terlebih dahulu sebelum menutup enjin.

Bukan kerana kereta moden tidak mampu menahan, namun sebagai langkah penjagaan yang baik untuk memastikan sistem aircond bertahan lebih lama. Untuk penjelasan penuh, anda boleh menonton video TikTok di bawah.

BACA: Pelik Suhu Kereta Naik Mendadak & “Aircond” Tak Rasa, Ini Puncanya

BACA: Pelik, Rupanya Ini Sebab Kucing Selalu Celup Dulu Air Sebelum Minum

BACA: Maksud Warna Putih & Kuning Lintasan Pejalan Kaki Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Altimat Auto Garage via TikTok