Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kes Pelajar Ditikam: Pentadbir Sekolah Akan Dipindah Ke PPD – KP Pendidikan

Hannah
kes pelajar ditikam
Gambar: BERNAMA

Kes Pelajar Ditikam: Pentadbir Sekolah Akan Dipindah Ke PPD – KP Pendidikan

PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) — Pentadbir sekolah menengah di Petaling Jaya yang terbabit kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hari ini, akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan kes selesai dijalankan, kata Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.

Bercakap pada sidang media khas di sini hari ini, Mohd Azam berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan melihat kaedah bersesuaian bagi melakukan pemindahan tersebut agar berjalan lancar tanpa mengganggu proses pembelajaran di sekolah itu.

“Memang kita akan ambil tindakan (secepat mungkin) sebab siasatan perlu dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata KPM telah menggerakkan pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling ke sekolah berkenaan bagi melaksanakan program intervensi sokongan psikososial kepada pelajar, guru dan seluruh warga sekolah yang terkesan.

“Kita dah gerakkan pasukan kaunselor, guru bimbingan dan kaunseling. Jadi ibu bapa atau masyarakat tak perlu bimbang, KPM telah mengambil tindakan ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.

BACA: Raja Permaisuri Agong Titah KPM Nilai Keberkesanan Modul TinDak

Sumber: BERNAMA