Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahli Parlimen Indonesia Terima Kenaikan Elaun Rehat

Iqbal Yasir
ahli parlimen indonesia terima kenaikan elaun
Gambar: Antara

Ahli Parlimen Indonesia Terima Kenaikan Elaun Rehat

JAKARTA — Indonesia bakal menggandakan jumlah elaun rehat bagi Ahli Parlimennya (DPR RI), selepas membatalkan faedah lain bagi meredakan kemarahan rakyat susulan tunjuk perasaan besar-besaran, lapor CNN Indonesia.

Menurut Timbalan Speaker Dewan, Sufmi Dasco Ahmad, setiap anggota DRP RI akan menerima 702 juta rupiah (lebih RM178,000) bagi setiap tempoh rehat dalam satu penggal 2024-2029.

Jumlah itu meningkat berbanding 400 juta rupiah (RM101,000) pada penggal 2019-2024 yang diterima setiap anggota DPR RI.

Jelas Dasco, kenaikan ini mengambil kira pertambahan komponen, aktiviti, dan jumlah lokasi lawatan ahli DPR di kawasan pilihan raya masing-masing.

Tambahnya, kenaikan itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan sejak Mei lalu. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Terdapat perubahan pada indeks dan jumlah elaun rehat, meningkat kepada 702 juta rupiah.

“Ia mula dilaksanakan pada bulan Mei. Sejak itu, jumlahnya 702 juta rupiah kerana selain indeks meningkat, jumlah lokasi lawatan juga bertambah,” katanya.

Difahamkan, elaun rehat merujuk kepada ahli DPR yang menjalankan tinjauan dan melaksanakan aktiviti sosial di kawasan pilihan rayanya (di luar dewan Parlimen).

Secara keseluruhan, seramai 580 ahli DPR dari 94 kawasan pilihan raya menerima kenaikan elaun ini.

Beliau turut memaklumkan cadangan untuk menaikkan dana itu sekali lagi pada Ogos 2025 daripada Rp702 juta kepada Rp756 juta telah dibatalkan.

Ia susulan gelombang demonstrasi besar-besaran yang berlaku antara 25 hingga 31 Ogos lalu.

Namun, Dasco menjelaskan berlaku kekeliruan di pihak Sekretariat Jeneral (Setjen) DPR yang menyangka kenaikan itu berkuat kuasa mulai Oktober.

Akibatnya, beberapa ahli DPR dilaporkan menerima dana sebanyak Rp756 juta, namun lebihan tersebut telah dipulangkan.

Beliau menegaskan bahawa jumlah Rp702 juta itu kini menjadi dasar rasmi bagi penggal 2024–2029, selaras dengan peningkatan indeks dan penambahan lokasi lawatan di seluruh negara.

Sumber: CNN Indonesia

BACA: Indonesia Sedia Hantar 20,000 Anggota Tentera Untuk Misi Keamanan PBB Di Gaza – Prabowo

BACA: Indonesia Iktiraf Israel Jika Palestin Capai Kemerdekaan – Prabowo

BACA: Untuk Pengguna Perodua, Ini Risiko Jika Tertekan ‘Push Start Button’ Ketika Memandu