Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pasangan Australia Dedah Malaysia Sebenarnya “Overshadow” Negara Lain

Iqbal Yasir
Pasangan Australia dedah malaysia
Gambar: Bernama

Pasangan Australia Dedah Malaysia Sebenarnya “Overshadow” Negara Lain

Tidak dinafikan, Malaysia sememangnya terkenal sebagai syurga makanan khususnya kepada pecinta makanan (food hunter).

Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian budaya dan kaum yang membentuk identiti masakannya.

Malah setiap negeri di negara ini juga terkenal dengan hidangan tersendiri seperti Laksa Penang, Laksa Johor, Masak Lemak Ikan Patin Tempoyak (Pahang) dan banyak lagi.

Oleh itu, tidak hairanlah Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin mencicipi pelbagai hidangan yang sukar ditemui di tempat lain.

Makanan Malaysia ‘Rosakkan’ Negara Lain

Begitulah perkongsian seorang lelaki Australia dan pasangannya sewaktu melancong ke Pulau Pinang.

Dalam perkongsian videonya di TikTok @wadeanddani, dia tidak menyangka bahawa makanan di negara itu bakal menambat hatinya berbanding negara-negara lain.

“Kami datang ke Malaysia kerana makanannya, dan sejujurnya, ia telah ‘merosakkan’ semua negara lain bagi kami.

“Kami mulakan pagi dengan hidangan kebangsaan Malaysia, Nasi Lemak. nasi santan bersama sambal pedas, ikan bilis goreng dan telur.

“Biasanya kami tak boleh makan ikan bilis di Australia kerana terlalu masin, tapi di sini rasanya jauh lebih baik dan sejujurnya, kami menyukainya,” katanya.

Selain itu, lelaki berkenaan turut mengakui bahawa harga makanan di Malaysia sangat berpatutan, terutama ketika mereka singgah menikmati makan tengah hari di sebuah kedai tempatan.

“Untuk makan tengah hari, kami singgah di sebuah kedai kecil tempatan dan kami satu-satunya pelancong di situ. Dua pinggan besar makanan hanya berharga sekitar RM10,” kongsinya.

Dia juga meluahkan rasa kagum terhadap suasana di Malaysia, khususnya apabila berpeluang menjelajah sekitar Pulau Pinang dengan menaiki skuter,

Kongsinya, pengalaman itu yang disifatkan sebagai menyeronokkan dan membuka mata terhadap keindahan persekitaran tempatan.

Lelaki itu turut menambah bahawa seni bina Kek Lok Si Temple yang berwarna-warni, besar, dan setiap sudutnya penuh dengan ukiran yang mempesonakan.

Sumber: TikTok @wadeanddani

BACA: Lelaki Indonesia Hairan, Kongsi Hal Serius Soal Malaysia

BACA: Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia, Dedah ‘Perangai’ Mengejutkan Orang Kita

BACA: Bukan Nasi Lemak, Tapi Menu Ni Yang Buat Mat Saleh Tak Henti ‘Angau’ Malaysia