Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Iqbal Yasir
negeri hujan petang ini
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Manakala di seluruh kawasan Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga diramal hujan petang ini.

“Di Pulau Pinang, kawasan yang dijangka hujan adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Manakala di Perak pula di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Terengganu, kawasan yang terlibat adalah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Sementara Pahang, kawasan yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

” Di Selangor, beberapa kawasan diramal hujan seperti Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang. Selain itu di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Beralih ke Johor, daerah antara kawasan diramal hujan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Manakala di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: KPM Laksana Serta-Merta Lima Teras Reformasi Sekolah Selamat – Fadhlina

BACA: Influenza: Tip Penting Bantu Lindungi Anda & Keluarga