Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pelakon Veteran, Nu’man Mohd Salleh Meninggal Dunia

Sofea
nu'man salleh meninggal
Kredit: Charlie Numan Salleh

Pelakon Veteran, Nu’man Mohd Salleh Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Pelakon veteran Nu’man Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Charlie yang disahkan menghidap kanser usus tahap empat, meninggal dunia pada usia 71 tahun hari ini.

Adik Allahyarham, Yusri Salleh berkata abangnya menghembuskan nafas terakhir di rumah anak perempuannya di Sri Rampai di sini pada 8.15 malam.

“Arwah terlantar sakit pada Khamis lepas dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur lalu disahkan menghidap kanser usus.

“Arwah kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari Jumaat. Keadaannya tenat dan tidak boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

BACA JUGA: Terlantar Sakit, Keluarga Pelakon Veteran Mohon Doa Orang Ramai

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati selepas zohor, esok, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh.

Allahyarham Charlie yang merupakan bapa tunggal meninggalkan tujuh orang anak.

Sumber: BERNAMA