Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Kelab setaraf Real Madrid
Gambar: AFP

Zidane Dedah Nama 3 Pemain Yang ‘Pukau’ Dirinya

Hannah

Zidane Dedah Nama 3 Pemain Yang ‘Pukau’ Dirinya

Legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, mendedahkan tiga pemain yang paling beliau suka tonton beraksi. Menurut SPORTbible, salah seorang pilihannya mungkin membuat penyokong Real Madrid ‘terasa hati’.

Siapa Zidane?

Untuk info, Zidane kekal sebagai antara figura paling berpengaruh dalam dunia bola sepak, selepas mencipta kegemilangan sebagai pemain dan jurulatih.

Beliau pernah menjulang Piala Dunia bersama Perancis serta Liga Juara-Juara Eropah sebagai pemain, sebelum mengulangi kejayaan itu sebanyak tiga kali sebagai pengurus Real Madrid.

Kerjaya Zidane bermula di Perancis bersama Cannes, kemudian Bordeaux, sebelum bakatnya menarik perhatian kelab gergasi Itali, Juventus.

Bersama Juve, beliau meraih dua kejuaraan Serie A dan dikenali sebagai maestro tengah yang berkelas dunia.

Pada 2001, Zidane berpindah ke Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai €77.5 juta, rekod dunia ketika itu.

Beliau bersara pada 2006, namun kembali ke Santiago Bernabéu sebagai jurulatih dan meninggalkan kelab tersebut pada 2021 selepas siri kejayaan luar biasa.

Pemain yang paling menarik perhatian Zidane

Apabila ditanya siapakah pemain yang paling seronok ditonton olehnya, Zidane tanpa ragu menyebut nama Lamine Yamal, bintang remaja sensasi Barcelona.

Lamine Yamal Euro 2024
Gambar: CentreGoals via X, Inside World Soccer

Menurut SPORTbible, ini mungkin sesuatu yang tidak menyenangkan bagi sebahagian penyokong Real Madrid.

“Tidak kira apa posisi di padang, satu pemain yang buat saya teruja setiap kali dia menyentuh bola ialah Lamine Yamal. Musim lalu, ketika menentang Inter Milan di San Siro dalam Liga Juara-Juara, dia melakukannya seorang diri,” katanya.

Selain itu, Zidane turut memuji dua pemain tengah muda Paris Saint-Germain (PSG) dari Portugal, iaitu Joao Neves dan Vitinha, yang menjadi tonggak penting dalam kejayaan “treble” kelab itu tahun lalu.

“Mereka hebat dengan bola, mereka hampir tidak pernah hilang penguasaan,” katanya.

Nama Yamal dalam senarai pilihan Zidane menunjukkan semakin besar pengaruh dan reputasi pemain muda itu dalam dunia bola sepak.

Malah, awal tahun ini, legenda Perancis Thierry Henry juga memberikan pujian tinggi terhadap Yamal dalam satu temu bual bersama SPORTbible.

Henry menzahirkan kekaguman terhadap kematangan dan ketenangan Yamal di atas padang.

“Dalam separuh akhir Euro 2024 antara Sepanyol dan Perancis, selepas menjaringkan gol, Yamal menerima bola dan bukannya terus menyerang, dia berhenti, kawal bola dan tenangkan permainan.

“Pada usia semuda itu, untuk berfikir begitu dalam perlawanan besar, itu luar biasa.

“Dia boleh saja meneruskan aksi satu lawan satu, tapi dia memilih untuk memperlahankan permainan. Saya terus kata pada diri sendiri, ‘Budak ni terlalu bagus. Dia di tahap lain’,” kata Henry.

BACA: Ronaldo Pemain Bola Sepak Pertama Bergelar Bilionair, Ini Nilai Kekayaannya

Sumber: SPORTbible