Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Izzah Dinobat Pelumba Terbaik Malaysia 2025
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Dua atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Lelaki dan Wanita pada Majlis Apresiasi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) 2025 di Melaka, semalam.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill pada majlis yang dihadiri penggiat sukan berbasikal seluruh negara termasuk pegawai, atlet dan tokoh-tokoh sukan.
Dalam kenyataan PKBM hari ini, Amarjit menyifatkan penganugerahan kepada dua pelumba itu sebagai satu lembaran baharu dalam sejarah penubuhan badan induk berkenaan.
Muhammad Shah dan Nurul Izzah masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sijil.
Legenda berbasikal negara Datuk Ng Joo Ngan pula menerima anugerah khas, membawa pulang trofi serta baki wang hadiah kemenangan bernilai RM4,500 yang dijanjikan PKBM.
Sementara itu, kategori Persatuan Negeri Terbaik dimenangi Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak (PBNS) manakala Mohd Yusof Abdul Nasir dan Noor Alfizar Othman muncul sebagai Pegawai Sukan Terbaik Malaysia 2025.
Pasukan benua terkenal, Terengganu Cycling Team (TSG) dinobatkan sebagai ‘Best Continental Team’.
Majlis Apresiasi PKBM 2025 turut menganugerahkan Anugerah Khas kepada Amarjit atas pencapaian menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi jawatan Naib Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
BACA: Pasukan Kebangsaan Tak Terlibat Isu Dokumentasi Pemain – CEO
Sumber: BERNAMA