Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sebanyak 338 ladang ternakan khinzir berdaftar direkodkan di seluruh negara setakat tahun 2025, menunjukkan penurunan berbanding 435 ladang pada tahun sebelumnya.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu, penurunan jumlah ladang itu turut memberi kesan kepada pengeluaran daging khinzir tempatan.
Menurut beliau, sebanyak 115,283.7 tan metrik daging khinzir direkodkan pada tahun lalu berbanding 136,506.30 tan metrik pada 2024.
Katanya, keperluan domestik bagi pasaran tempatan pada 2025 dianggarkan mencecah 213,927.92 tan metrik.
“Anggaran itu dibuat berdasarkan kadar penggunaan daging khinzir dalam kalangan penduduk bukan Islam yang mewakili kira-kira 36.5 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.
Mohamad berkata, walaupun jumlah pengeluaran tempatan menurun, bekalan keseluruhan daging khinzir bagi tahun lalu dianggarkan sebanyak 221,958.69 tan metrik dan masih mencukupi untuk menampung keperluan pasaran.
Menurutnya, situasi pengeluaran tempatan sebelum ini turut terjejas akibat penularan penyakit African Swine Fever (ASF) yang memberi kesan kepada industri penternakan.
Sehubungan itu, katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan terus memantau prestasi pengeluaran, jumlah ladang berdaftar, kapasiti pengeluaran serta risiko penyakit bagi memastikan bekalan domestik kekal stabil.