Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Mohon Kerjasama Kesan Wanita Hilang

Athirah
Kesan Wanita Hilang
Kredit: Bernama

Polis Mohon Kerjasama Kesan Wanita Hilang

JOHOR BAHRU, 19 Okt (Bernama) — Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar pada jam 1.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata individu yang dikenali sebagai S Dhurgashri itu mempunyai ketinggian 155 sentimeter dan berat sekitar 45 kilogram.

Beliau berkata, wanita berketurunan India itu mempunyai rambut lurus berwarna coklat, berkulit cerah, bentuk mata yang kecil dan berwarna hitam serta memiliki kening yang agak tebal serta bentuk badan yang kurus.

“Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Taman Puteriwangsa, Ulu Tiram, boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Muhd Hafizuddin Zakaria di talian 07-218 2323.

“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BACA: Lima Hari Tak Jumpa, Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak
BACA: Tak Sangka, Mat Saleh Dedah Sebab Malaysia Jadi Tempat Terbaik Belajar Bahasa Inggeris

Sumber: Bernama