Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

ZUS Coffee Umum Tutup Operasi Sehari, Khamis Ini
Rangkaian jenama kopi tempatan terkenal, ZUS Coffee mengumumkan penutupan operasi selama sehari pada Khamis ini, 23 Oktober 2025.
ZUS Coffee dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu bersempena pembukaan cawangan yang ke-1,000.
“Setiap satu daripada 999 cawangan kami wujud kerana anda para Zuristas, pelanggan setia, pasukan hebat dan rakan kongsi kami. Anda semua telah membina jenama ini bersama kami, secawan demi secawan.
“Namun sebelum kami membuka cawangan ke-1,000, kami ingin bercuti seketika untuk menghargai sejauh mana perjalanan ini telah membawa kami.
“Jadi ya, kami akan tutup! Tapi hanya untuk satu hari sahaja (23 Oktober 2025) bagi meraikan pencapaian cawangan ke-1,000 ini, bersama semua yang menjadikannya kenyataan.
“Pencapaian ini adalah milik anda semua yang pernah menjadi sebahagian daripada ZUS Coffee.
“Dan sudah tentu, kami tidak melupakan anda. Sesuatu yang istimewa bakal menanti anda! Atau lebih baik lagi beritahu kami bagaimana anda mahu meraikannya bersama. Mana tahu, kami mungkin benar-benar melakukannya,” maklum kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, jenama kopi tempatan itu menyenaraikan beberapa cawangan yang dibuka kepada pelanggan setia mereka pada hari tersebut.
Tutup Selepas Pukul 6 Petang
1 Utama Shopping Centre
Aurelius Hospital Negeri Sembilan
Kompleks SOGO, Kuala Lumpur
KPJ Ipoh Specialist Hospital
Mid Valley Megamall
Pavilion Bukit Jalil
Plaza Shah Alam
Sungei Wang Plaza
Sunway Giza Mall
Sunway Kluang Mall
Sunway Pyramid
Sunway Velocity Mall
Suria KLCC
The Exchange TRX
The Mall Mid Valley Southkey
ZUS, Coffee Meets Pastry – 1 Utama Shopping Centre
Alamanda Shopping Centre
Rangkaian ZUS Coffee Beroperasi Seperti Biasa
Domestic Departure Gate A Terminal 1 KLIA
Johor Premium Outlets (Food Court)
Langkawi International Airport (Food Garden)
Sumber: ZUS Coffee