Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Minta Sunting Gambar Lari Solo, Hasilnya Buat Ramai Terhibur
Hari ini, boleh dikatakan memiliki telefon pintar bukan lagi satu pilihan, sebaliknya sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Peranti kecil ini bukan sekadar alat untuk berhubung, tetapi juga menjadi medium utama mencari maklumat, mengurus kerja, malah mengisi masa lapang dengan lebih produktif.
Seiring kemajuan teknologi, telefon pintar kini mampu berfungsi seperti kamera profesional untuk merakam gambar, dan seperti komputer mini untuk melakukan kerja-kerja suntingan.
Kalau dahulu kita mungkin perlu mendapatkan khidmat pakar untuk mengambil gambar atau menyunting video, kini semuanya boleh dilakukan dengan mudah hanya melalui telefon bila-bila masa dan di mana saja.
Lebih-lebih lagi, pelbagai filter dan tools menarik yang tersedia dalam aplikasi moden, hasil gambar dan suntingan bukan sahaja kelihatan profesional, malah mampu mencuri perhatian dan menghiburkan ramai orang.
Baru-baru ini, seorang pemilik kepada akaun Facebook Ahmad Qayyum telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Dalam hantaran tersebut, dia meminta pertolongan orang ramai untuk menyunting gambar yang berlari bersebelahan seorang wanita kepada gambar berlari secara solo.
“Salam semua, tolong edit bagi hilang perempuan sebelah tu. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran itu.

Melihat permintaan Ahmad Qayyum, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang ‘keemasan’ ini untuk menonjolkan bakat suntingan masing-masing.
Apa yang mencuit hati, para penyunting gambar di alam maya ni memang luar biasa kreatif. Hasilnya, setiap gambar pastinya membuatkan sesiapa sahaja tak kering gusi melihatnya.
Berikut SK kongsikan antara hasil suntingan warga maya di bawah;




















Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat hasil suntingan berkenaan dan menyifatkan ramai yang begitu kreatif dalam penyuntingan gambar-gambar.
Sumber: Ahmad Qayyum via Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ni?