Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Top 10 Kru Kabin Terbaik Dunia 2025

Kru Kabin Terbaik Dunia
Gambar: AI/ImageFX

Top 10 Kru Kabin Terbaik Dunia 2025

Zaman sekarang, banyak syarikat penerbangan bersaing untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada penumpang. Bukan sahaja dari segi kemudahan atau keselesaan, tetapi juga layanan mesra dan profesional daripada kru kabin mereka.

Dalam dunia penerbangan, kru kabin sering dianggap sebagai ‘wajah’ sebenar sesebuah syarikat. Mana tidaknya, setiap tindakan mereka menentukan pengalaman seseorang sepanjang penerbangan.

Baru-baru ini, Skytrax mengumumkan senarai Kru Kabin Terbaik Dunia 2025 melalui anugerah tahunan World Airline Awards.

Untuk info, anugerah ini telah diadakan sejak 1999 dan dianggap sebagai salah satu pengiktirafan paling berprestij dalam industri penerbangan global.

Apa yang menarik, keputusan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana syarikat penerbangan kerana ia 100 peratus berdasarkan undian penumpang dari seluruh dunia.

Untuk edisi 2025, lebih 100 negara mengambil bahagian dalam tinjauan kepuasan pelanggan yang berlangsung dari September 2024 hingga Mei 2025. Ia juga melibatkan lebih 325 syarikat penerbangan antarabangsa.

Singapore Airlines kekal juara dunia

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Singapore Airlines terus mengekalkan reputasi cemerlangnya dengan menduduki tempat pertama sekali lagi.

Di tempat kedua pula ialah ANA All Nippon Airways dari Jepun, diikuti oleh Cathay Pacific Airways di tangga ketiga.

Malaysia Airlines termasuk dalam senarai

Yang paling membanggakan buat rakyat Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) berjaya menempatkan diri dalam 10 terbaik dunia, berada di tangga kelapan.

Pencapaian ini sekali gus bukti bahawa kru kabin MAS berjaya mengekalkan sentuhan mesra dan nilai layanan yang sinonim dengan slogan mereka, “Malaysian Hospitality”.

Dalam pada itu, berikut adalah senarai penuh Top 10 Kru Kabin Terbaik Dunia 2025 seperti dikongsikan Skytrax.

1. Singapore Airlines

2. ANA All Nippon Airways (ANA)

3. Cathay Pacific Airways

4. Garuda Indonesia

5. EVA Air

6. Hainan Airlines

7. Japan Airlines

8. Malaysia Airlines (MAS)

9. STARLUX Airlines

10. Korean Air

BACA: Kisah Sebenar Di Sebalik Nama Stesen MRT “Kalantan Station” Di Thailand

Sumber: World Airline Awards