Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tanah Runtuh Bukit Paya Terubong
Gambar: Video Tular

Hujan Lebat Punca Tanah Runtuh Di Bukit Paya Terubong

Iqbal Yasir

Hujan Lebat Punca Tanah Runtuh Di Bukit Paya Terubong

GEORGE TOWN, 24 Okt (Bernama) — Hujan lebat mengakibatkan berlaku pergerakan tanah hingga berlaku runtuhan tanah dan air selut di kawasan Bukit Paya Terubong di Tingkat, Paya Terubong 4 di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata kejadian kira-kira 2.41 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku ketika hujan lebat tengah hari tadi dan ia menyebabkan tanah yang berada di puncak bukit iaitu kira-kira 100 meter mengelongsor bersama air selut.

“Kejadian itu telah menyebabkan tanah dan air turun memenuhi kawasan parkir sebuah perumahan di situ serta ia diburukkan lagi dengan hujan lebat hingga berlaku limpahan air di jalan raya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pemantauan awal di lokasi kejadian mendapati ia merupakan kejadian tanah runtuh berskala sederhana dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat penilaian awal di kawasan tersebut.

Mohd Shoki berkata pemantauan juga mendapati 12 kenderaan berada di lokasi kejadian dan pihak bomba telah memberi khidmat nasihat serta membantu pemilik mengalihkan kenderaan mereka ke tempat lebih selamat.

“Seterusnya, PKO memasang sawar-sawar di lokasi kawasan terlibat bagi mengelakkan sebarang insiden dan kami juga menasihati penduduk agar berhati-hati dan sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa jika diarah berpindah, ” katanya, sambil menambah bomba melaksanakan pemerhatian berterusan di kawasan terbabit kerana hujan masih berterusan.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video memaparkan tanah dan air selut turun di kawasan Bukit Paya Terubong hingga melimpahi parkir di situ malah hujan lebat turut menyebabkan jalan raya dinaiki air.

Sumber: BERNAMA