Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Jadi Momen Santai, Individu Ini Pamer Aksi “Healing” Lain Macam

Azzwin
Kredit: @kakikipas4959 via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Hujan Jadi Momen Santai, Individu Ini Pamer Aksi “Healing” Lain Macam

Bila hujun turun, ramai yang terus capai selimut dan suka duduk diam dalam rumah. Ada yang layan drama, dan ada juga yang sambung tidur.

Bagi sesetengah orang, hujan menjadi tanda masa untuk berehat. Suasana sejuk pada waktu hujan memang buat badan rasa tenang.

Namun, cara orang menikmati hujan tak sama. Ada yang suka tengok dari tingkap, dan ada juga yang terus keluar rumah semata-mata nak rasa sendiri titisan air hujan.

Sejak kebelakangan ni, perkataan “healing” makin ramai yang guna. Setiap kali rasa penat, stress atau serabut dengan hidup, terma ini mesti akan digunakan.

Kadang-kadang bukan sebab kecewa pun, cuma nak tenangkan diri dan lari sekejap daripada rutin harian yang memenatkan.

Oleh itu, setiap orang ada cara masing-masing untuk mencari ketenangan.

Lain macam cara dia “healing” ketika hujan

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang individu sedang menikmati hujan dengan cara yang mencuit hati orang ramai.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di sekitar Komtar, Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kakikipas4959 di TikTok, kelihatan seorang individu yang memakai baju hujan berwarna kuning dan memakai topi keledar sedang mendepakan tangan di bahu jalan raya.

Video itu menunjukkan motornya diparkir di tepi jalan, manakala individu tersebut berjalan perlahan ke depan dan ke belakang sambil tangan terhulur sambil menikmati hujan dengan penuh ketenangan seakan benar-benar hanyut dalam suasananya.

Menurut @kakikipas4959, dia bersama kawan dalam perjalanan ke tempat kerja ketika melihat situasi tersebut.

“Time tu tunggu traffic light hijau, saya tertoleh sebelah kanan dan nampak orang tu buat show,” jelasnya.

Video tersebut mencecah tujuh ribu tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi. Kebanyakannya terhibur dengan cara orang tersebut menikmati hujan dengan cara yang unik.

“I believe I can fly,” komen seorang wargamaya.

“Apa dia buat tu raju?” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Jangan Panik, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa & Selepas Banjir

BACA: Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan

BACA: Rahsia Di Sebalik Bau Hujan Yang Menenangkan, Ini Penjelasan Saintis

Sumber: @kakikipas4959