Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: ImageFX
Tiada Kategori

Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan

Azzwin

Kajian Dedah Jalan Kaki Dengan Jumlah Langkah Ini Boleh Kekalkan Berat Badan

Dalam kehidupan seharian, jalan kaki adalah aktiviti yang hampir semua orang lakukan. Sama ada untuk ke tempat kerja, pergi membeli-belah atau sekadar bergerak di rumah.

Aktiviti mudah ini sebenarnya memberi banyak manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan stamina, memperbaiki peredaran darah, serta membantu badan kekal aktif.

Dalam masa sama, aktiviti mudah ini juga memberi kesan positif kepada kesihatan mental dan menstabilkan emosi.

Namun, tahukah anda bahawa berjalan kaki juga boleh bantu mengekalkan berat badan dalam jangka masa panjang?

Jika anda pernah mengubah tabiat pemakanan dan senaman untuk menurunkan berat badan, anda tentu tahu bahawa cabaran yang lebih besar adalah mengekalkan berat itu dalam jangka masa panjang.

Lama-kelamaan, pasti anda akan penat mengira kalori atau mengamalkan diet harian.

Kali ini, SK akan kongsikan hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik tentang bagaimana aktiviti berjalan kaki mampu membantu mengekalkan berat badan dengan lebih berkesan.

Jalan kaki dengan jumlah langkah ini boleh kekalkan berat badan

Menurut The Healthy, idea jalan kaki 10,000 langkah sehari sebenarnya tidak disokong fakta saintifik. Kajian baru mengenai penurunan berat badan dari Universiti Vanderbilt menemui satu jumlah yang lebih tepat.

Universiti Harvard mendedahkan bahawa cadangan tradisional 10,000 langkah berasal daripada kempen pemasaran untuk pedometer Jepun yang dijual pada tahun 1965.

Syarikat tersebut mahu pelanggannya berjalan lebih banyak langkah setiap hari, agar pedometer cepat haus dan pelanggan akan membeli yang baru.

Baru-baru ini, satu kajian mendapati bahawa 7,000 langkah sehari baik untuk kesihatan jantung, manakala berjalan kaki sebanyak 8,000 langkah pula mengurangkan risiko kematian pramatang.

Memandangkan 10,000 langkah sehari bersamaan dengan kira-kira lima batu, ini bermaksud hanya dengan berjalan sekitar tiga hingga empat batu pun sudah cukup untuk menyokong kesihatan jantung dan meningkatkan jangka hayat.

Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mencadangkan jika anda bermetabolisme perlahan, anda perlu lebih aktif berjalan untuk mengekalkan berat badan.

Doktor telah menjalankan satu kajian

Lapan orang doktor di Vanderbilt telah menjalankan satu kajian yang diterbitkan pada 27 Mac 2024 dalam JAMA Open Network.

Mereka menganalisis data daripada 3,124 peserta dengan purata umur 51 tahun dan BMI melebihi 30. Daripada jumlah itu, 73% peserta adalah wanita. Semua peserta turut memakai peranti penjejak selama lima tahun bagi memantau perubahan berat badan mereka.

Hasil kajian mendapati individu yang mempunyai risiko genetik tinggi terhadap obesiti berjaya mengekalkan berat badan apabila berjalan lebih banyak setiap hari.

Mereka yang berada pada tahap risiko genetik tertinggi perlu berjalan purata 11,020 langkah sehari, bersamaan kira-kira 4.75 batu, berbanding purata peserta lain iaitu 8,326 langkah.

Menurut The Healthy, semakin tinggi risiko genetik obesiti, semakin banyak langkah diperlukan untuk menurunkan berat badan.

Namun, penyelidik menegaskan bahawa gen bukan satu-satunya faktor yang menentukan berat badan. Aktiviti fizikal yang konsisten boleh membantu mengatasi kecenderungan genetik terhadap obesiti.

Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan peserta berketurunan Eropah dan memerlukan penyelidikan lanjut terhadap kumpulan yang lebih pelbagai.

BACA: Kajian Dedah 5 Jenis Minuman Yang Bantu Kurangkan Kolesterol Jahat

Sumber: The Healthy