Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Moto3: Dettwiler Jalani Pembedahan Susulan Insiden Bersama Rueda
SEPANG, 26 Okt (Bernama) — Pelumba CIP Green Power Noah Dettwiler disahkan bakal menjalani beberapa pembedahan susulan insiden kemalangan bersama juara dunia Moto3 baharu Jose Antonio Rueda pada perlumbaan MotoGP pada Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
Perkembangan itu diumumkan pasukan berkenaan menerusi satu hantaran di akaun media sosial mereka hari ini.
“Pagi ini, semasa pusingan pemanasan di Sepang, pelumba kami Noah Dettwiler terlibat dalam kemalangan serius. Dia dibawa ke hospital di Kuala Lumpur dan perlu menjalani beberapa pembedahan.
“Dia di bawah jagaan yang baik dan kami meminta anda untuk menghormati privasinya. Kami tidak akan berkongsi butiran lanjut pada masa ini,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, pasukan diwakili Rueda, Red Bull KTM Ajo memaklumkan pelumba itu sedang menerima rawatan di hospital berdekatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala atau badan walaupun mengalami gegaran teruk akibat hentakan ketika kemalangan pada pusingan pemanasan.
Perlumbaan Moto3 ditangguhkan selama hampir dua jam susulan kemalangan di Selekoh 3, beberapa minit sebelum perlumbaan dijadualkan bermula tengah hari tadi.
Pelanggaran itu menyebabkan pegawai perlumbaan mengibarkan bendera merah.
BACA: Moto3: Rueda Alami Patah Tangan, Tiada Kecederaan Serius Di Kepala
Sumber: BERNAMA