Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPK Siasat Dakwaan Rasuah Projek Kereta Api Laju ‘Whoosh’

Athirah
Rasuah Projek Kereta Cepat ‘Whoosh’
Kredit: CNBC Indonesia

KPK Siasat Dakwaan Rasuah Projek Kereta Api Laju ‘Whoosh’

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat dakwaan salah laku berkaitan projek kereta laju Jakarta–Bandung atau Whoosh, lapor CNBC Indonesia.

Jurucakap KPK, Budi Prasetyo melaporkan siasatan berkenaan masih berada pada peringkat awal.

“Ya, benar. Kes ini kini berada di bawah siasatan KPK,” katanya.

Bagaimanapun, beliau belum menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai dakwaan rasuah yang sedang disiasat.

“Oleh kerana siasatan masih dijalankan, kami belum dapat mendedahkan maklumat terperinci mengenai perkembangan atau hasilnya kepada umum,” jelasnya lagi.

Budi turut memaklumkan bahawa siasatan itu telah bermula sejak awal tahun 2025 dan masih diteruskan sehingga kini.

“Siasatan ini sedang berjalan dan akan diteruskan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam CNBC Indonesia.

Indonesia dan China telah mencapai persetujuan

Menurut CNBC Indonesia, isu berkaitan hutang projek Kereta Api Laju Whoosh kembali hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa menjadi figura utama yang menolak keras penggunaan Belanjawan Negara (APBN) bagi menampung hutang projek berkenaan yang menelan kos keseluruhan sekitar AS$7.26 bilion (kira-kira RM119.79 trilion rupiah).

Purbaya berulang kali menegaskan bahawa hutang projek Kereta Api Laju adalah tanggungjawab syarikat milik kerajaan (BUMN), bukannya kerajaan pusat.

Dalam masa sama, beliau yakin syarikat yang terlibat, khususnya Danantara (PT Penjaminan Infrastruktur Indonesia) dan PT Kereta Api Indonesia (Persero) / KAI, memiliki keupayaan untuk mengurus beban hutang tersebut.

Menurutnya, dividen yang dijana BUMN sudah mencukupi untuk menampung bayaran ansuran hutang projek Kereta Api Laju itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional, Luhut Binsar Pandjaitan sebelum ini mengesahkan bahawa kerajaan Indonesia dan China telah mencapai persetujuan bagi menyusun semula pembiayaan projek Kereta Cepat Jakarta–Bandung (KCJB).

Difahamkan, ia termasuk kemungkinan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang sehingga 60 tahun.

BACA: Ramai Ingat Pencemaran, Tapi Ini Sebab Sungai Berbuih Bila Hujan Lebat
BACA: Banding Dengan California, Mat Saleh Tak Sangka Lebuh Raya Malaysia Macam Ni
BACA: Kreatif, Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai

Sumber: CNBC Indonesia