Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Banding Dengan California, Mat Saleh Tak Sangka Lebuh Raya Malaysia Macam Ni

Athirah
Mat Saleh Tak Sangka
Kredit: Margo Martin

Banding Dengan California, Mat Saleh Tak Sangka Lebuh Raya Malaysia Macam Ni

Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS) iaitu Donald Trump tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad.

Pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kemudian tampil memberikan ucapan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Kemboja-Thailand selain menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tak sangka ‘perkara’ ini raih perhatian ramai

Selain itu, konvoi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah menarik perhatian dunia dengan lebuh raya yang bersih.

Menerusi perkongsian hantaran oleh Pembantu Khas Presiden Amerika Syarikat, Margo Martin di aplikasi X, berkongsi video perarakan kenderaan rasmi presiden dalam perjalanan menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

“Konvoi rombongan Presiden Trump di Malaysia dalam perjalanan menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN,” maklum hantaran itu.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan deretan kenderaan hitam rombongan Presiden AS dengan kawalan ketat pihak keselamatan.

Dalam pada itu, terdapat satu komen yang memuji keadaan lebuh raya di Malaysia yang dikatakan lebih bersih berbanding di California.

“Lebuh raya mereka (Malaysia) lebih bersih daripada lebuh raya di California,” komen @magnifico_lr.

Margo Martin turut memuat naik rakaman perjalanan Donald Trump ke media sosial dan memuji layanan Malaysia semasa ketibaan pemimpin itu, semalam.

Sambutan mesera Malaysia bermula dengan pengiring udara yang mengagumkan dan diteruskan di seluruh ibu negara ketika Trump tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

“Terima kasih, Malaysia!” menurut perkongsiannya di laman X, yang turut menyiarkan video pendek jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia mengiringi Air Force One ketika pesawat itu memasuki ruang udara Malaysia.

BACA: Kreatif, Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai

Sumber: @magnifico_lr via X