Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

8 Tahun Tidak Keluar Rumah, Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Timbunan Sampah

Athirah
Lelaki Meninggal Dalam Timbunan Sampah
Kredit: Kompas

8 Tahun Tidak Keluar Rumah, Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Timbunan Sampah

Penduduk di Dukuh Cacah, Desa Sukoharjo, Kecamatan Margorejo dikejutkan dengan penemuan jasad seorang lelaki di kediamannya yang dipenuhi timbunan sampah bungkusan makanan dan minuman, lapor portal Kompas.

Penemuan itu bermula apabila seorang jiran yang mengesan bau busuk yang kuat sejak beberapa hari yang lalu.

Menurut Prihanto, bau yang menyerupai bangkai itu datang dari rumah mangsa, yang berasal dari Bandung dan telah lama hidup seorang diri.

“Ada bau bangkai, saya periksa di bawah kereta tetapi tiada tikus. Namun, terdapat lalat-lalat yang menuju ke bilik depan rumah mangsa

“Saya mula curiga mangsa telah meninggal dunia. Apabila pintu rumah dibuka, rumah dipenuhi sampah dan mangsa ditemui di bilik depan,” katanya lagi.

Apabila pintu hadapan berjaya dipecahkan, penduduk berasa terkejut ketika melihat seluruh ruang kediaman dipenuhi timbunan sampah bungkusan makanan dan minuman, dari ruang tamu hingga bilik tidur.

Mangsa dipercayai mengalami hoarding disorder

Keadaan itu dipercayai menyerupai tingkah laku individu yang mengalami hoarding disorder atau gangguan penimbunan barang berlebihan.

Kompas melaporkan mangsa ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di tengah-tengah timbunan sampah di bilik hadapan, malah penduduk setempat mengesyaki mangsa telah meninggal dunia beberapa hari sebelum penemuan itu.

Menurut keterangan Prihanto, lelaki berusia 50 tahun itu mula menetap di kawasan itu sejak tahun 2017.

Pada awalnya, mangsa masih bersosialisasi dan memperkenalkan diri kepada penduduk setempat sebagai warga asal Bandung yang bekerja di sebuah kilang gula.

Namun, mangsa menjadi pendiam dan jarang dilihat keluar rumah selepas berhenti bekerja.

“Mangsa tidak pernah keluar rumah selama lapan tahun, kecuali hanya untuk menerima pesanan makanan,” jelasnya.

Penduduk terakhir kali melihat mangsa kira-kira empat hari sebelum jasadnya ditemui, ketika beliau menerima penghantaran makanan oleh kurier. Sejak itu, tiada sebarang aktiviti dikesan di dalam rumah mangsa.

Mangsa juga dilaporkan tidak pernah menerima kunjungan keluarga sepanjang tempoh tinggal di perumahan tersebut. Malah, selama lapan tahun terakhir, penduduk setempat tidak pernah melihat sesiapa pun datang menjenguk beliau.

Malah, penduduk setempat tidak pernah melihat sesiapa pun datang menjenguk sepanjang lapan tahun terakhir.

BACA: Berang Sejuta ‘Point’ Permainan Roblox Hilang, Abang Disyaki Kelar Adik Di Parit Raja

Sumber: Kompas