Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
makanan rosakkan memori
Gambar: AI/ChatGPT

Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak

Hannah

Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak

Umum diketahui, otak merupakan organ paling penting dalam tubuh manusia.

Namun, ramai yang tidak sedar bahawa beberapa tabiat harian yang kelihatan remeh sebenarnya boleh perlahan-lahan ‘merosakkan’ otak tanpa disedari. Menakutkan, bukan?

Jadi, sebelum terlambat, jom kenali lima tabiat buruk yang diam-diam boleh ‘rosakkan’ otak anda, seperti dikongsikan oleh Hello Doktor.

Bukan tumor, kemalangan, atau strok. Tetapi tabiat buruk yang anda amalkan setiap hari boleh menjejaskan kesihatan otak anda.

1. Kurang tidur

Jika ada satu tabiat anda ingin amalkan untuk mendapatkan kesihatan tubuh yang baik, jawapannya ialah mendapatkan tidur yang cukup.

Bagi kesihatan mental dan otak khususnya, tidur adalah sangat penting. Ia meningkatkan risiko demensia dan Alzheimer.

Jika anda mengalami masalah untuk tidur, elakkan kafein, alkohol, dan gajet pada waktu malam. Kemudian, cuba bina rutin tidur yang sama setiap hari.

2. Kurang bersosial

Manusia memang dicipta untuk bersosial. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, risiko masalah mental akan meningkat seperti depresi dan Alzheimer.

Kita tidak bercakap tentang bilangan rakan di Facebook tetapi interaksi sosial di dunia sebenar.

Malah, penggunaan media sosial berlebihan boleh mengundang kepada masalah mental kerana pengguna media sosial cenderung untuk menyendiri dari masyarakat.

Dapatkan rakan yang sebenar, bukan sekadar likers atau followers di media sosial.

3. Kerap mengambil makanan ringan dan segera

Makanan ringan dan segera mengandungi banyak bahan yang menggangu fungsi otak berkaitan dengan pembelajaran, memori, dan kesihatan mental secara am.

Makanan seperti burger, kentang goreng, dan air berkarbonat yang menjadi kegemaran ramai anak muda sebenarnya satu diet yang tidak sihat.

Sebaliknya, makanan yang lebih sihat harus menjadi pilihan seperti bijirin penuh, kekacang, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Ia membantu mengekalkan kesihatan otak serta melambatkan kemerosotan tahap mental.

4. Kurang bergerak

Selain bersosial, manusia juga perlu bergerak, bukan hanya makan sahaja. Kehidupan tidak aktif atau sedentari bukan sahaja menyumbang kepada penyakit mental tetapi juga penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, penyakit jantung, dan strok. Keluarkan sedikit peluh anda!

5. Mendengar lagu terlalu kuat

Mendengar lagu menggunakan fon telinga dengan tahap suara 100% boleh merosakkan telinga dan juga membawa kepada gangguan otak.

Ia mungkin berlaku disebabkan otak sukar memahami apa yang didengari di sekeliling dan gagal menyimpannya dalam memori. Rendahkan sedikit suara kurang dari 60% dan cuba kurangkan penggunaan fon telinga.

BACA: Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama

Sumber: Hello Doktor