Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Habuk & Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh, Ini Cara Mudah Nak Bersihkan

Sofea
bersihkan mesin basuh
Kredit: Image FX

Habuk & Sawang Bersarang Bawah Mesin Basuh, Ini Cara Mudah Nak Bersihkan

Aktiviti mengemas rumah kelihatan mudah, namun hakikatnya memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi, terutamanya jika dilakukan setiap hari.

Apatah lagi jika mempunyai anak-anak kecil, mengemas menjadi satu kerja yang tidak akan pernah habis.

Kebiasaannya, bahagian ruang tamu atau dapur akan diutamakan kerana ia merupakan bahagian yang sering ‘disinggah’ oleh seisi keluarga.

Bagaimanapun, tanpa disedari ada bahagian yang sering kita semua terlepas pandang ketika membersihkan rumah iaitu di bawah mesin basuh.

Di kebanyakan rumah, mesin basuh akan diletakkan di bahagian belakang dapur atau juga mungkin berdekatan dengan bilik air. Mungkin ruangnya agak sempit, membuatkan ramai yang membiarkan bahagian bawah mesin basuh itu tidak disapu.

BACA: Cara Daftar eKasih & Syarat Kelayakan Terkini

Ruang itu juga tidak dapat dicapai dengan vakum dan penyapu sepenuhnya. Lebih rumit lagi kerana faktor mesin basuh yang berat, membuatkan ia sukar untuk dialihkan berulang kali.

Tetapi jangan risau, artikel kali ini akan berkongsi kepada anda mengenai cara untuk membersihkan bahagian bawah mesin basuh dengan sangat mudah.

Tip yang dikongsikan oleh Jason Jezi ini memerlukan satu stoking dan penyangkut baju.

BACA JUGA: Petronas Buka Peluang Jadi Pengusaha Stesen Minyak, Ini Syarat Permohonan

Anda mungkin boleh menggunakan stoking yang sudah longgar atau tidak mahu digunakan lagi.

Mudah sahaja, masukkan stoking tersebut ke dalam penyangkut baju dan selepas itu anda boleh menyapu sebarang habuk atau sawang di bawah mesin basuh.

Boleh tonton video di bawah ini untuk melihat caranya dengan lebih teliti.

Mudah bukan? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Jason Jezi