Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Perlu Tukar Gearbox, Ini Rupanya Punca “Gear Indicator” Selalu Berkelip
Kereta merupakan salah satu pengangkutan penting untuk setiap orang kerana dapat memudahkan perjalanan ke mana-mana sahaja.
Namun bercakap mengenai kereta, ramai yang masih belum tahu berkenaan komponen dalaman kenderaan masing-masing.
Seperti gear kereta, ramai yang panik jika gear indicator di bahagian meter berkelip tanpa henti. Perkara pertama yang muncul di benak fikiran adalah ia berpunca daripada gearbox.
Sesetengah bengkel mungkin akan terus menukar gearbox tersebut. Tetapi, anda perlu tahu bahawa tidak semestinya gearbox tersebut yang bermasalah, ia mungkin berpunca dari komponen kecil sahaja.
Untuk memahami dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian Altimat Auto Garage di bawah ini.
Dalam video di TikTok, mekanik tersebut menasihatkan orang ramai agar memeriksa dengan teliti bahagian tersebut.
Menurutnya, pada awalnya pengguna kereta mungkin akan cemas apabila mendapati gear indicator di bahagian meter kereta berkelip.
Tambahan lagi, apabila ingin masukkan gear, kereta akan tiba-tiba rasa seperti tersentak ataupun delay.
Namun, punca sebenar yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan oleh input sensor kereta anda yang rosak, bukan kerana gearbox.
Fungsi sebenar input sensor ini adalah untuk membaca berapa laju pusingan dalam gearbox tersebut. Selepas itu, ECU boleh gunakan bacaan tersebut untuk tahu bila waktu untuk tukar dari satu gear ke gear yang lain.
“Jika input sensor tersebut bermasalah, patah ataupun wayar dah reput atau wayar tercabut, memang boleh jadi punca kepada gear anda berkelip-kelip.
“Bila kereta dah diimbas, maka kod input sensor akan keluar dan dari situ kita boleh tahu ada klip input sensor yang patah. Apabila klip tersebut patah, itu menjadi punca gear kereta di meter berkelip-kelip dan tersentak,” katanya.
Jadi, bila sudah tahu punca, tukar sahaja input sensor kepada yang baharu tanpa perlu tukar gearbox atau overhaul gearbox kereta anda.
Bila sudah tukar input sensor yang baharu, tiada lagi masalah kelip-kelip pada meter atau tersentak sewaktu menggerakkan kereta.
Sumber: Altimat Auto Garage di TikTok