Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

22 Kubur Dirosak Individu Tidak Dikenali
Sekurang-kurangnya 22 kubur dilapor dirosakkan oleh individu tidak dikenali di sebuah tanah perkuburan di Malang, Jawa Timur.
Menurut Tribunnews, penemuan itu berlaku di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Desa Bantur pada 30 Oktober lalu, manakala video yang memaparkan puluhan batu nisan musnah dan bertaburan di atas tanah turut menjadi tular di media sosial.
Jurucakap Perhubungan Awam Polis Malang, Asisten Komisioner Bambang Subinajar mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.
Difahamkan, individu atau pihak tertentu didakwa sengaja merosakkan batu nisan dan kubur berkenaan.
“Ketua Polis Bantur dan Unit Siasatan Jenayah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada penduduk
“Kami sedang giat menjalankan siasatan dan mengumpul kenyataan daripada saksi. Beberapa bahan bukti turut diambil
“Kami masih mengumpulkan maklumat di lokasi kejadian. Siasatan terus dijalankan untuk mengenal pasti motif serta pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan ini,” jelasnya lagi.
Dalam masa sama, beliau menggesa masyarakat tempatan agar kekal tenang dan tidak membuat sebarang provokasi sepanjang proses siasatan berlangsung.
Sumber: Tribunnews