Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahli Kumpulan 2PM, Taecyeon Umum Bakal Berkahwin

Athirah
Taecyeon kahwin
Kredit: Soompi

Ahli Kumpulan 2PM, Taecyeon Umum Bakal Berkahwin

Salah seorang anggota kumpulan 2PM, Ok Taecyeon mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya tidak lama lagi, lapor portal Soompi.

Difahamkan, berita gembira itu diumumkan selepas timbul persoalan mengenai pertunangan mereka, apabila Taecyeon dilihat melamar kekasihnya di Paris awal tahun ini.

Susulan daripada pengumuman tersebut, pelakon drama Vicenzo ini berkongsi surat terbuka di Instagram sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya.

“Saya ingin berkongsi berita ini terlebih dahulu dengan para peminat yang sentiasa mengambil berat dan menyokong saya sebelum orang lain, dan itulah sebabnya saya menulis surat ini sendiri

“Saya telah berjanji untuk menghabiskan seluruh hidup saya bersama seseorang yang telah lama memahami dan mempercayai saya. Kami berdua merancang untuk menempuh perjalanan hidup bersama sambil saling menjadi tonggak kekuatan antara satu sama lain pada masa hadapan,” katanya.

Sokongan peminat jadi sumber kekuatan dirinya

Dalam pada itu, Taecyeon akui bahawa sokongan tanpa henti daripada peminat telah menjadi sumber kekuatan sepanjang dirinya bergelar anak seni.

“Sekali lagi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dengan hati yang tidak pernah berubah dan menjadikan saya seperti siapa saya hari ini.

“Anda tidak tahu betapa besar kekuatan yang diberikan oleh kasih sayang dan sokongan anda hingga saya sendiri tidak mampu menggambarkannya dengan kata-kata.

“Saya akan terus berusaha sebaik mungkin untuk membalas kasih sayang dan kepercayaan anda sebagai ahli 2PM, sebagai pelakon, dan sebagai Taecyeon yang anda kenali,” tambah beliau lagi.

BACA: “Nak Refund…” Reaksi Ibu Bila Anak Suruh Habiskan Teh Ais Gergasi Buat Ramai Terhibur
BACA: “Saya Ingat….” Reaksi Spontan Pelancong AS Lihat Roti Tisu Buat Netizen Terhibur
BACA: “Abah…” Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu CPR Bapa Terpaksa Dihentikan

Sumber: Soompi