Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Kesan Pelajar Tahfiz Hilang Dari Madrasah Di Tangkak

Athirah
Pelajar Tahfiz Hilang Tangkak
Kredit: Polis Daerah Tangkak

Polis Kesan Pelajar Tahfiz Hilang Dari Madrasah Di Tangkak

TANGKAK, 6 Nov (Bernama) — Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad di Kampung Sagil di sini sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata Muhammad Aisy Thaqif Mohd Khalid, kali terakhir dilihat berada di perkarangan madrasah memakai jersi berwarna biru gelap dan seluar tiga suku berwarna hitam dengan garisan putih di sisi.

“Pelajar itu mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berbadan kurus dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar berkenaan diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurul Amira Ibrahim di talian 011-6156 5593.

BACA: Reaksi Pelancong Kunjungi Sephora Terbesar Dunia Di Malaysia Raih Perhatian Ramai
BACA: Ramai Pemandu Tak Sedar, Mekanik Kongsi Tanda Awal Alternator Rosak

Sumber: Bernama