Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Reaksi Pelancong Kunjungi Sephora Terbesar Dunia Di Malaysia Raih Perhatian Ramai
Kecantikan dan wanita ibarat bayangan yang sentiasa berjalan seiring. Sejak dahulu lagi, kecantikan menjadi sebahagian daripada identiti dan keyakinan diri seorang wanita.
Bagi kebanyakan wanita, alat solek bukan sekadar digunakan untuk menambah seri wajah, malah sebagai medium untuk mengekspresikan diri dan meningkatkan rasa yakin ketika berdepan dengan orang ramai.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila terdapat banyak kedai yang khusus menjual alat solek serta pelbagai barangan keperluan wanita sahaja.
Kedai-kedai ini bukan sekadar tempat membeli-belah, malah menjadi ruang bagi wanita mencari inspirasi kecantikan dan menyerlahkan personaliti masing-masing.
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular apabila seorang pelancong yang datang ke Malaysia meluahkan rasa teruja kerana berpeluang mengunjungi rangkaian kedai runcit kecantikan yang sangat terkenal.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @habitualolivia di TikTok, kelihatan wanita ini berada di tengah-tengah Bukit Bintang untuk mengunjungi rangkaian Sephora yang dikatakan cawangan terbesar di dunia.
Pada masa sama, riak wajahnya jelas menunjukkan keterujaan melihat gedung besar itu, yang menjadi idaman ramai wanita untuk meneroka pelbagai pilihan barangan kecantikan seperti kosmetik, wangian dan produk penjagaan kulit.
“Taman permainan sempurna seorang gadis,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Yang lebih menghiburkan ialah apabila @habitualolivia berjalan menuju ke dalam bangunan Sephora, tidak ubah seperti kanak-kanak yang teruja ingin membeli ais krim.
“Ingat Sephora paling besar dekat New York City”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberi pelbagai reaksi terhadap video ini.
Dalam pada itu, rupanya ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui akan fakta tentang bangunan Sephora di Malaysia merupakan paling terbesar di dunia.
“Bertahun-tahun lalu di sana, saya tak tahu ia adalah yang terbesar di dunia,” komen seorang wargamaya.
“Aku ingat semua sephora di negara lain sama besar macam Malaysia,” komen seorang lagi wargamaya.
Sumber: @habitualolivia via TikTok