Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir
hujan negeri petang ini
Gambar: Bernama

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Putrajaya serta Labuan.

“Di Kedah, daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu diramal hujan. Manakala di Perak pula Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara di Pahang termasuk anah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin. Bagi Selangor, kawasan yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Di Negeri Sembilan, hanya daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol dijangka hujan. Bagi Johor, beberapa kawasan di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru juga diramal hujan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas).

“Di Sabah pula seperti Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Rodrigo Holgado Ditamatkan Kontrak – Media Antarabangsa