Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Stereng Rasa Bergegar Ketika Kereta Berhenti, Mekanik Dedah Empat Punca
Kereta sememangnya menjadi salah satu pilihan setiap individu untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi tanpa perlu memikirkan keadaan cuaca yang panas mahupun hujan.
Bagaimanapun, penggunaan yang kerap kenderaan beroda empat ini pastinya ada sahaja masalah kecil dan ragam yang muncul, lebih-lebih lagi jika usia penggunaannya yang sudah lama.
Sebagai pemilik kereta, penting untuk kita peka dengan keadaan kenderaan kekal supaya berada dalam prestasi yang selamat untuk dipandu.
Salah satunya, pernah tak anda berdepan dengan situasi stereng terasa bergegar halus diikuti bunyi enjin yang kasar ketika berhenti di lampu isyarat?
Jika ya, mari SK bawakan penjelasan ringkas daripada mekanik, Muhammad SE bagi masalah yang membelenggu anda di bawah.
Menerusi perkongsian mekanik ini di laman Facebook miliknya, terdapat empat keadaan yang kebiasaannya mungkin menjadi punca masalah tersebut.
“Kenapa masa kereta tengah berhenti, stereng rasa bergegar halus? Bunyi enjin pun macam kasar, tidak macam biasa. Biasanya empat benda ni yang mula masalah,” ujar lelaki tersebut.
Menurutnya, perkara pertama yang perlu anda periksa ialah pemegang enjin (engine mounting).
“Fungsi mounting ni untuk serap gegaran. Bila dia pecah atau lembik, getaran enjin akan terus masuk ke badan dan stereng kereta,” jelasnya.
Kedua, apa yang perlu anda periksa adalah palam pencucuh (spark plug) berkemungkinan sudah haus. Katanya, pembakaran menjadi tidak sempurna apabila satu atau lebih palam pencucuh sudah haus.
“Akibatnya, enjin jadi ‘tersekat-sekat’ masa tidak bergerak,” ujarnya.
Selain itu, perkara ketiga yang perlu anda periksa jika anda mengalami keadaan yang sama ialah fuel injector. Jika terdapat kotoran atau injector tersumbat, ia berisiko mengganggu semburan minyak.
“Injector yang kotor akan ganggu semburan minyak. Bila semburan tak cantik, idle jadi kasar,” jelasnya.
Ahkir sekali, periksa coil enjin kereta anda. Jika coil ini sudah rosak atau lemah, gegaran boleh berlaku.
“Coil hantar api ke palam pencucuh. Bila dia mula lemah, api jadi tak stabil. Ini pun boleh sebabkan gegaran waktu idle,” hurainya lagi.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Muhammad SE