Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Hingga Awal Pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di tujuh negeri sehingga jam 1 pagi.
Menerusi kenyataan di Facebook, hujan lebat akan berlaku di negeri Kedah iaitu Sik dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar.
Di Kelantan, daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka terlibat. Negeri jirannya iaitu Terengganu hanya melibatkan daerah Besut dan Setiu.
Bagi negeri Johor pula, hanya satu daerah yang diramal mengalami hujan lebat iaitu di Kota Tinggi.
Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sibu (Selangau), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Selain itu di Sabah pula libatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Tawau).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.