Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Che Sayang Kitchen

Resipi Cireng, Kudapan Indonesia Yang Senang Dibuat

Aina Munirah

Resipi Cireng, Kudapan Indonesia Yang Senang Dibuat

Seperti yang kita tahu, setiap negara mempunyai pelbagai keunikannya yang tersendiri. Baik dari segi budaya, adat, pakaian sehingga makanan.

Keunikan sesuatu makanan di sesetengah negara mampu menarik orang ramai untuk mencuba sesuatu juadah tersebut.

Tambahan lagi, jika cara pembuatan juadah tersebut mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, ia pasti akan dicuba oleh orang dari negara luar.

Jika dilihat di negara kita, sebenarnya sudah ada beberapa juadah dari negara luar yang sudah mula dijual atau disajikan. Misalnya seperti cilok yang berasal dari Indonesia, pad thai dari negara Thailand dan macam-macam lagi.

Lebih menarik perhatian, sesetengah snek-snek ringan atau kudapan yang berasal negara lain seperti cireng, yang berasal dari negara Indonesia ini memang jarang didengari.

Cireng merupakan salah satu kudapan unik yang dibuat hanya menggunakan tepung ubi kayu. Teksturnya yang garing di luar, dan kenyal di dalam itu telah membuatkan ramai orang tertanya-tanya dengan rasanya. Tidak dinafikan, ramai juga yang ingin mencuba menyediakan juadah ini di rumah.

Oleh itu, jom ikuti resipi yang telah dikongsi oleh Che Sayang Kitchen di bawah ini.

Bahan-bahan

  • Tepung ubi kayu

  • Daun bawang

  • Bawang putih

  • Garam

  • Ajinomoto

  • Air

  • Minyak

BACA: Resipi Yong Tau Foo ‘Style’ Hakka, Rupanya Mudah Je Nak Buat

Cara penyediaan

Mula-mula, masukkan hirisan daun bawang yang telah dipotong halus berserta dengan tiga atau empat ulas bawang putih yang telah dicincang ke dalam kuali.

Kemudian, masukkan setengah cawan tepung ubi kayu berserta dengan setengah sudu garam dan setengah sudu ajinomoto.

Selepas itu, masukkan satu cawan air dan kacau sekata. Setelah semuanya sebati, buka api dapur dan masakkan dengan api yang perlahan sehingga adunan tersebut bergentel.

Selepas adunan tersebut masak, ambil bekas yang lain dan anda perlukan setengah cawan tepung ubi kayu lagi.

Masukkan adunan tadi ke dalam tepung ubi kayu tersebut dan uli sehingga tepung kering dan tepung basah (adunan) bersatu dan sebati.

Setelah sebati, anda boleh cubitkan adunan tersebut menjadi saiz kecil. Jika anda ingin cireng anda lebih garing, anda boleh lebihkan tepung kering.

Setelah itu, panaskan minyak dan goreng cireng tersebut. Sekiranya anda gemar cireng anda untuk tidak dimasak terlalu lama, anda boleh angkat setelah cireng berubah berwarna putih.

Tapi, jika anda suka garing, lebihkan masa sehingga cireng anda berubah menjadi warna keperangan.

Setelah keperangan, anda boleh angkat cireng tadi dan hidangkan bersama sos yang pedas dan manis.

BACA: Resipi Churros Bites, Juadah Sesuai Untuk Minum Petang

Jangan lupa untuk cuba resipi ini di rumah. Untuk melihat penyediaan dengan lebih jelas, sila tonton video di bawah ini.

Sumber: Che Sayang Kitchen