Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Di 10 Negeri, 3 Wilayah
Sebanyak 10 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.
Selain itu, hujan juga akan berlaku di daerah Langkawi di Kedah. Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Di negeri Kelantan, ia melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
Bagi negeri Terengganu, daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang dijangka terlibat.
“Di Negeri Sembilan, hanya melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau. Manakala di Johor pula daerah Tangkak dan Muar,” kata MetMalaysia.
Beralih ke negeri Sarawak, hujan lebat diramal berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang.
Di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.