Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SRG.OG Cipta Sejarah, Juara MPLMY Empat Musim Berturut-turut

Athirah
Kredit: Selangor Red Giants Esports

SRG.OG Cipta Sejarah, Juara MPLMY Empat Musim Berturut-turut

Buat kali pertama dalam sejarah, gergasi e-sukan Malaysia, Selangor Red Giants OG E-sports (SRG.OG) berjaya merangkul gelaran Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPLMY) untuk kali keempat berturut-turut sejak Musim Ke-13.

Menurut portal Stadium Astro, sebagai juara Mid Season Cup (MSC) 2024, pasukan itu turut mempertahankan dominasi mereka dengan mudah, menoktahkan kemenangan 4-0 ke atas CG Esports untuk mengesahkan kejuaraan MPLMY Musim Ke-16.

Setakat ini, tiada pemain lawan atau mana-mana pasukan lain yang mampu menghentikan rentak penguasaan SRG.OG yang terus menjadi kuasa dominan dalam MPLMY.

Stadium Astro melaporkan SRG.OG turut merekodkan musim sempurna apabila menamatkan kempen tanpa sebarang kekalahan, sekali gus membuktikan status mereka sebagai pilihan utama walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Barisan pemain terdiri daripada Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Hazziq Danish Mohamad Rizwan (Stormie), John Vincent Banal (Innocent), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums) dan Chun Chin Wee (Winter) terus menjadi tulang belakang Gergasi Merah dalam melakar deretan kejayaan di Land of Dawn.

Dengan mahkota kejuaraan terbaharu ini, SRG.OG kekal menjadi sandaran utama negara untuk membawa cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

Difahamkan, SRG.OG dan CG Esports kini sah akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia M7 yang dijadual berlangsung di Indonesia tahun hadapan.

BACA: Usia Bukan Penghalang Dua Warga Emas Genggam PhD
BACA: Syarikat Kerajaan, Swasta Tawar Cuti Haid Berbayar Kepada Pekerja Wanita

Sumber: Stadium Astro