Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Niat Nak Teman Suami Di Hospital, Isteri Tak Sangka Momen “Ini” Boleh Berlaku 

Athirah
teman suami
Kredit: @emmajoe35
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Niat Nak Teman Suami Di Hospital, Isteri Tak Sangka Momen “Ini” Boleh Berlaku

Dalam kehidupan berumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar ikatan rasmi tetapi juga pengikat emosi yang mendalam.

Apabila salah seorang pasangan jatuh sakit, peranan pasangan yang lain sering diuji bukan sahaja dari segi fizikal, malah emosi dan mental.

Suami yang risau akan keadaan isterinya pasti menjaga dengan penuh kasih sayang, memberikan perhatian dan sokongan yang mencerminkan ikatan kasih yang teguh.

Begitu juga sebaliknya, isteri menjadi tulang belakang yang sabar, menenangkan hati dan merawat dengan penuh dedikasi apabila suami sedang sakit.

“Ingat nak senangkan, rupanya tambah beban suami”

Namun, berbeza pula situasi lucu yang dialami pasangan ini apabila si isteri tidak sedarkan diri selepas menyaksikan suaminya menerima suntikan ‘drip’ di sebuah hospital.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @emmajoe35 di TikTok, pada mulanya wanita itu menghantar suaminya ke bahagian kecemasan dan menemani si suami di wad.

Apa yang lebih menghiburkan lagi, wanita tersebut turut pengsan dan diletakkan di salah satu katil berhampiran suaminya.

Walaupun sedang ditimpa kesusahan, mereka sempat merakam detik bersama sambil menunjukkan jarum branula di tangan.

Ketika itu, semangat positif mereka nyata terpancar, seolah-olah membuktikan bahawa kasih sayang dan sokongan antara satu sama lain mampu meringankan beban walau dalam keadaan sukar.

“Brotherhood sampai mati,” gurau @emmajoe35 pada salah satu gambar yang dimuat naik.

Video tersebut mendapat 763.2k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi dan berasa terhibur melihat keadaan pasangan suami isteri ini.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna TikTok yang berkongsi pengalaman hampir serupa, di mana mereka pengsan apabila melihat darah atau situasi yang menakutkan.

“Macam ini baru betul tujuan kahwin. Tak teman pergi masjid, teman pergi hospital,” gurau seorang wargamaya.

“Teringat pula kisah saya lebih kurang macam ini juga, tetapi dengan anak. Anak temankan saya pergi hospital

“Masa doktor jahit luka, anak boleh pitam pula. Sudahnya doktor uruskan dia dulu dan bila dah okay, doktor suruh dia duduk luar,” komen seorang wargamaya.

BACA: Superbon Tewaskan Masaaki Noiri, Lakar Kemenangan Besar Di ONE 173

Sumber: @emmajoe35