Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Misteri Tolak Kereta Sorong Bayi Di Lebuh Raya Pukul 2 Pagi

Athirah
Kredit: Stomp

Wanita Misteri Tolak Kereta Sorong Bayi Di Lebuh Raya Pukul 2 Pagi

Seorang wanita dilihat berjalan di Lebuh Raya Kranji (KJE), Singapura pada waktu malam sambil menolak sebuah kereta sorong bayi, lapor portal Stomp.

Difahamkan, beberapa netizen mendakwa bahawa dia biasanya muncul selepas tengah malam.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan memaparkan kejadian itu yang disiarkan di halaman Facebook ROADS.sg pada 6 November lalu.

Menurut portal Stomp, rakaman pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) itu menunjukkan sebuah kereta melalui KJE menuju ke Lebuh Raya Bukit Timah (BKE), berhampiran susur keluar Choa Chu Kang.

Apa yang lebih mengejutkan apabila seorang wanita tiba-tiba muncul di bahu jalan sebelah kanan.

Dalam masa sama, wanita berpakaian serba putih itu dilihat menolak kereta sorong bayi sambil berjalan di lebuh raya.

Menurut portal Shin Min Daily News, sebilangan orang berkata, mereka pernah melihatnya beberapa kali di kawasan Bukit Panjang, Woodlands Road dan Mandai Road.

Di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya, pejalan kaki tidak dibenarkan berjalan atau berlari di lebuh raya.

Pesalah boleh dikenakan denda sehingga SGD$1,000 (kira-kira RM3,172) serta penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Oleh kerana tiada laporan polis dibuat, identiti wanita itu dan sebab di sebalik kelakuannya masih belum diketahui.

BACA: Amaran Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini
BACA: Niat Nak Teman Suami Di Hospital, Isteri Tak Sangka Momen “Ini” Boleh Berlaku

Sumber: Stomp