Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
perkongsian bapa
Kredit: Tekan Minyak
Tiada Kategori

“Aku Baru Tahu Aku Lemah…” Anak Perempuan ‘Pergi’ Selamanya, Perkongsian Bapa Ini Buat Ramai Sebak

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Aku Baru Tahu Aku Lemah…” Anak Perempuan ‘Pergi’ Selamanya, Perkongsian Bapa Ini Buat Ramai Sebak

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk menimang cahaya mata sendiri.

Dari saat bayi pertama kali menatap wajah ibu bapa sehinggalah ke detik-detik pertumbuhan dan perkembangan, pengalaman membesarkan anak merupakan satu perjalanan yang penuh dengan cabaran, kegembiraan serta pengajaran berharga.

Apabila ibu bapa kehilangan anak, kesedihan yang dirasai sering sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ia bagaikan kehilangan separuh daripada nyawa sendiri, di mana setiap detik menjadi perit dan hidup terasa seakan tidak lagi lengkap.

Itulah yang dirasai oleh seorang bapa apabila menerima khabar duka bahawa anak perempuannya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.

Perkongsian hiba ini dimuat naik oleh Tekan Minyak atau nama sebenar beliau, Wan Nasrul Hakim di Facebook.

Selfie terakhir dengan anak aku

Selfie terakhir dengan anak aku, Wan Adlin Nadhilah binti Wan Nasrul Hakim yang aku panggil Alin.

Dia sepatutnya ke majlis konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di UKM pada Isnin akan datang, 24 November 2025 nanti.

Gambar selfie ini diambil pada hari Khamis 13 November 2025, waktu kami pulang ke Mentakab dari ambil jubah konvo di UKM.

Aku tahu dia suka pandu kereta, dari kecil selalu dia minta nak jadi tukang tukar gear. Waktu pulang dari UKM itu aku tengok dia tak tidur dalam kereta, biasanya dia tidur bila aku memandu, jadinya aku rasa dia mungkin menunggu aku suruh dia pandu kereta.

Dia pandu dari Tol Karak ke Mentakab. Seronok aku pada waktu itu dapat beri Alin memandu kereta.

Rumah aku di Mentakab, selang dua buah rumah dengan rumah mak dan ayah aku.

Hari Jumaat, aku, isteri aku dan anak keempat aku, Yusuf, ke rumah kami yang satu lagi di Balok, Kuantan. Rumput lalang dah mula naik.

Alin tak ikut sama kerana dia ada program bersama anak ketiga aku, dua orang adik aku, dan sepupu-sepupunya untuk ambil gambar pra konvo pada Sabtu 15 November 2025.

Aku habis meracun rumput pada waktu tengahari Sabtu 15 November 2025.

Petang jam 5:54 petang Sabtu itu, aku dapat panggilan telefon dari adik bongsu aku, mengatakan bahawa kereta Volkswagen Polo yang dipandu adik kedua bongsu aku, Noni, dinaiki oleh Alin dan anak ketiga aku yang aku panggil Baby, serta kawan adik aku, Kak Zana, telah terlibat dalam kemalangan.

Jam 6:12 petang, aku dapat panggilan telefon dari adik lelaki aku, Ustaz Wan Saiful, yang mengatakan Alin telah meninggalkan aku.

Katanya rupa Alin elok sahaja, ibarat tiada kecederaan, Alin pergi dalam keadaan elok.

Aku tarik tangan isteri aku, aku bawa kepada Yusuf, dan aku peluk kedua-duanya, sambil aku tunduk memandang lantai, sambil aku menangis, aku beritakan apa yang berlaku.

“Aku baru tahu yang aku lemah sebenarnya”

Isteri aku menangis sambil menumbuk-numbuk aku, menangis sehingga terbaring atas lantai, Yusuf menangis duduk sambil kaki menendang-nendang.

Aku baru tahu yang aku lemah sebenarnya. Aku tak kuat macam orang lain. Aku tak mampu tampung dugaan itu.

Dua jam lebih aku dan isteri tak tahu nak buat apa, isteri aku hanya menangis, aku sekejap-sekejap menangis, sekejap merenung kosong tak tahu buat apa.

Jam 7:23 malam, baru aku ada kekuatan nak beritahu berita itu kepada anak sulung aku, Aishah, yang pada waktu itu sedang berada di Utara. Aishah menangis kuat, aku kata aku akan belikan tiket bas untuk dia pulang ke Temerloh pada malam itu juga.

Lepas Isyak, baru kami dapat kekuatan untuk kemas baju dan beg untuk dimasukkan ke dalam kereta.

Perjalanan dari Balok ke forensik hospital Temerloh, tempat Alin dibedah siasat, ibarat perjalanan yang tiada penghujung, isteri aku menangis sepanjang masa, kadang-kadang kami menangis bersama-sama di dalam kereta.

Sampai ke forensik, bedah siasat masih belum siap, aku pergi tengok Baby di wad kecemasan, Baby hanya patah tulang rusuk, dan kena sembilan jahit di kepala. Aku bersyukur kerana nampak macam Baby tiada kecederaan yang serius, walaupun Baby masih belum pulih untuk bergerak seperti orang sihat. Tangan tak boleh diangkat tinggi, trauma masih ada.

Alin keluar dari Forensik dalam jam 12 tengah malam, naik van jenazah ke rumah mak dan ayah aku di Mentakab.

Pukul 4 pagi, di ruang tamu rumah mak dan ayah aku, aku cuba buka kain penutup muka Alin, aku renung muka dia, aku cium dahi dia, aku menangis macam budak kecil.

Pengebumian arwah Alin selesai sebelum Zohor

Muka Alin seperti tiada apa-apa cedera, kata doktor yang bedah siasat, badan Alin pun tiada apa-apa cedera, tetapi kerana kepala Alin terhentak kuat, menyebabkan otak Alin cedera, menyebabkan Alin pergi serta merta.

Aku dan Yusuf tidur bersebelahan dengan Alin sehingga Subuh. Aishah sempat sampai pada waktu Subuh.

Alin selesai dimandikan pada lebih kurang jam 11 pagi Ahad 16 November 2025.

Aku imamkan solat jenazah dia, tak pernah aku sangka yang aku akan jadi imam solat jenazah untuk anak aku sendiri. Aku tak pernah pun menjadi imam solat jenazah sebelum inim

Pengebumian selesai sebelum Zohor.

Jika ada sebarang perbuatan, kata-kata, atau tingkah laku Alin yang pernah menyinggung sesiapa, aku sebagai ayahnya ingin memohon maaf dan mohon dihalalkan segala makan minum, segala gurau senda, dan setiap perbuatan dia.

Jika dia ada berhutang, aku mohon pm untuk aku selesaikan hutangnya.

Aku ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan berada bersama kami sepanjang detik paling berat dalam hidup kami ini, pihak bomba, polis, hospital, pasukan ambulans, para doktor dan jururawat, serta semua yang terlibat dalam usaha menyelamat.

Terima kasih juga kepada ibubapa aku, adik beradik aku, rakan-rakan aku dan rakan-rakan Alin yang datang dari dekat atau jauh, jiran-jiran, saudara mara, yang membantu sehingga selesai pengebumian, juga kepada yang menghantar doa, dan kata-kata semangat untuk memberikan kekuatan kepada keluarga kami.

Aku takkan lupakan jasa, kehadiran, dan sokongan kalian. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua.

Alin… abah rindu Alin.

BACA: Tarik Minat Golongan Muda, Muzium Ini Jual Kopi Lipas RM26 Secawan

https://www.facebook.com/share/p/17efeEbjza/

Sumber: Tekan Minyak via Facebook