Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

21 Makanan Malaysia Dengan “Rating” Paling Rendah

Hannah
makanan malaysia rating
Gambar: AI/ImageFX

21 Makanan Malaysia Dengan “Rating” Paling Rendah

Di setiap pelosok dunia, makanan sentiasa menjadi cerminan budaya dan identiti sesebuah negara.

Malaysia juga tidak terkecuali, memang terkenal dengan pelbagai bentuk hidangan dan juadah. Boleh dikatakan, ia sebahagian daripada warisan yang dibanggakan rakyat.

Namun, siapa sangka, beberapa hidangan tempatan yang selama ini kita anggap sedap, unik dan “favourite” rakyat Malaysia sebenarnya menerima penilaian yang agak mengecewakan daripada warga dunia?

Bukan satu dua, tetapi sampai 21 makanan disenaraikan sebagai antara yang mendapat rating terendah oleh pengguna global.

Jadi, apakah makanan yang dimaksudkan? Berikut kami kongsikan senarai 21 makanan Malaysia dengan rating paling rendah berdasarkan penilaian di platform makanan global, TasteAtlas.

1. Ambuyat

2. Pulut durian

3. Kuih bulan (Mooncake)

4. Yee sang

5. Chai tow kway

6. Mee Siam

7. Maggi goreng

8. Nasi goreng USA

9. Ayam masak merah

10. Fresh spring roll (Popiah)

11. Pan mee

12. Kolo mee

13. Lor mee

14. Kuih cucur

15. Bahulu

16. Nasi dagang

17. Keropok lekor

18. Bihun sup

19. Kuih lapis

20. Loh bak

21. Roti jala

Untuk info, kedudukan makanan di TasteAtlas dibuat berdasarkan penilaian pengguna TasteAtlas.

Sistem TasteAtlas cuma ambil kira pendapat orang sebenar tentang makanan. Penilaian daripada chatbot AI, peminat yang terlalu fanatik atau mereka yang hanya bangga dengan makanan tempatan tidak dikira.

Selain itu, penilaian daripada pengguna yang pakar tentang makanan akan diberi lebih berat atau lebih nilai supaya keputusan lebih tepat dan boleh dipercayai.

Misalnya, bagi senarai di atas, sebanyak 3,892 penilaian diterima tetapi hanya 2,339 penilaian diiktiraf sah oleh sistem, setakat 17 November 2025.

TasteAtlas menjelaskan bahawa kedudukan makanan mereka bukanlah keputusan akhir tentang makanan di seluruh dunia.

Tujuannya hanyalah untuk memperkenalkan makanan tempatan yang sedap selain menimbulkan rasa bangga dengan hidangan tradisional. Ia juga bertujuan membuat orang rasa ingin mencuba makanan yang belum pernah dicuba, jelas TasteAtlas.

Lidah manusia tak sama, selera pun berbeza

Sebenarnya, tidak semua makanan dalam senarai di atas berasal dari Malaysia, tetapi tidak dinafikan bahawa kebanyakan daripadanya popular di negara kita.

Apa-apa pun, kita kena akui bahawa soal makanan memang sangat subjektif. Apa yang bagi kita sedap, mungkin bagi orang luar terasa pelik atau tak kena dengan cita rasa mereka.

Sama juga seperti kita, belum tentu kita boleh menerima semua hidangan yang popular di negara lain. Kadang-kadang bau sahaja sudah buat kita undur beberapa langkah, apatah lagi hendak menjamahnya.

Tetapi di situlah terletaknya keindahan dunia makanan. Perbezaan itu tidak menjadikan makanan kita kurang bernilai, malah menonjolkan betapa uniknya budaya Malaysia.

Mana tidaknya, setiap hidangan membawa cerita tentang asal usul, tradisi keluarga, perayaan dan cara hidup masyarakat kita.

Walaupun ada yang menilai makanan kita kurang memuaskan, ia tidak sedikit pun mengurangkan rasa bangga terhadap warisan masakan yang telah membentuk identiti negara.

Jadi, teruskan nikmati apa yang kita banggakan, sambil meraikan perbezaan rasa di seluruh dunia. Mungkin suatu hari nanti, hidangan yang dianggap ‘pelik’ bagi orang luar hari ini akan menjadi kegemaran mereka pula.

Sudah ada banyak buktinya. Nasi lemak, teh tarik, roti canai, dan sate misalnya, kini dinikmati oleh ramai pengunjung dari seluruh dunia. Tidak lengkap perjalanan ke Malaysia tanpa mencuba makanan lokal ini.

BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini

Sumber: TasteAtlas