Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Suara Tangisan Muncul Dari Masjid Menjelang Subuh
Penduduk di sebuah kampung di Kota Solo, wilayah Jawa Tengah menjadi gempar apabila mendengar bunyi tangisan teresak-esak dari corong pembesar suara milik sebuah masjid pada waktu awal pagi.
Menurut portal Tribunnews, bunyi tangisan yang jelas itu disahkan datang dari Masjid Nurul Amal, membuatkan penduduk terbangun daripada tidur dan pergi memeriksa lokasi tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan mereka kemudian mendapati bahawa ia merupakan tangisan seorang lelaki dikenali sebagai Beni, yang kerap mengaji di masjid menjelang waktu subuh.
Ketua Rukun Tetangga, Sriyoto berkata, Beni diketahui sering menghafal ayat al-Quran pada waktu awal pagi.
Tambah beliau, Beni terbawa dengan emosi lalu menangis dalam kejadian tersebut.
“Dalam masa sama, pembesar suara juga masih terbuka. Ia membuatkan suara Beni dapat didengari penduduk kampung,” ujarnya lagi.
Sriyoto turut memaklumkan penjaga masjid segera mematikan pembesar suara sebelum Beni ditenangkan sebilagan penduduk.
Sumber: Tribunnews