Utama

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Jakarta Makin Tenggelam Di Bawah Paras Laut – Penyelidik
Garis pantai Jakarta dilapor semakin jelas tenggelam di bawah paras laut, dengan air laut di Pantai Mutiara, Jakarta Utara kini lebih tinggi daripada daratan di sekitarnya.
Menurut portal Jakarta Globe, berdasarkan pemerhatian di lapangan pada 17 November lalu menunjukkan paras air laut di Pantai Mutiara melebihi ketinggian tanah berhampiran yang hanya ditahan oleh benteng.
Difahamkan, air laut dijangka mengalih jauh ke kawasan pedalaman tanpa benteng tersebut.
Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (BRIN) memaklumkan bahawa beberapa kawasan di Jakarta kini mengalami penurunan tanah antara 10 hingga 30 sentimeter setahun.
Fenomena itu didorong oleh pemadatan tanah semula jadi serta penggunaan air bawah tanah secara berlebihan selama beberapa dekad oleh isi rumah, perniagaan dan industri.
Jakarta Globe melaporkan kadar penurunan itu adalah antara terpantas daripada mana-mana bandar raya utama di dunia.
Penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Oseanografi BRIN, Johan Risandi berkata paras air laut yang lebih tinggi di sepanjang pantai mencerminkan gabungan impak air pasang ekstrem, angin bermusim, ombak tinggi dan paling kritikal, penurunan tanah yang pantas.
“Lonjakan air pasang boleh berlaku dua kali dalam sebulan, manakala angin kencang akan menambahkan lebih banyak air
“Namun, faktor utama adalah penurunan tanah. Di beberapa kawasan, tanah tenggelam sehingga 30sm setahun,” kata beliau.
Beliau turut menjelaskan bahawa aluvium Jakarta yang lembut secara semula jadi akan memadat dari semasa ke semasa tetapi pengekstrakan air bawah tanah yang berlebihan masih diamalkan secara meluas.
Difahamkan, ia berpunca daripada perkhidmatan air paip yang tidak mencukupi sekali gus mempercepatkan penurunan tanah.
“Pemadatan semula jadi ini diburukkan lagi dengan penggunaan air bawah tanah secara besar-besaran daripada isi rumah dan industri. Semakin banyak kita mengepam, semakin cepat tanah itu tenggelam.
“Benteng laut perlu dinaikkan secara berkala untuk menyamai kenaikan paras laut dan tanah yang tenggelam. Kita perlu mengira berapa banyak air meningkat akibat air pasang dan ombak untuk menentukan ketinggian yang sesuai,” ujar beliau lagi.
Sumber: Jakarta Globe