Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AFC Denda FAM, JDT, Selangor & Kelana FC

Azizah Najib
afc fam jdt selangor

AFC Denda FAM, JDT, Selangor & Kelana FC

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan Selangor FC, Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Kelana FC dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersalah atas beberapa pertuduhan.

Perkara berkenaan diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC pada 19 November lalu.

Hukuman berkenaan dikenakan berhubung kesalahan yang dilakukan membabitkan membabitkan saingan kelayakan Piala Asia 2027, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Menerusi senarai yang dikeluarkan, Selangor FC didenda sebanyak USD1,250 (RM5,164.26) atas kesalahan menyebabkan kelewatan sepakan pada separuh masa kedua.

“Wakil pihak defendan menyebabkan kelewatan memulakan separuh masa kedua selama satu minit dan dua puluh saat,” maklum jawatankuasa berkenaan.

Kesalahan tersebut dilakukan ketika perlawanan Persib Bandung menentang Selangor FC pada 23 Oktober lalu dalam AFC Champions League Two (ACL2) 2025/26.

Kes disiasat bawah Artikel 2.2 Manual Operasi Perlawanan AFC.

Sementara itu, pihak AFC turut mengenakan denda terhadap pasukan JDT atas kegagalan menyediakan ‘Stadium Bersih’ di Tapak Latihan Rasmi.

“Johor Darul Ta’zim FC (MAS) diperintah untuk membayar denda sebanyak USD5,000 (RM20,740) berikutan melanggar Artikel 63.1 Manual Operasi Perlawanan AFC, dibaca bersama Artikel 42.1 Peraturan Perlawanan AFC Champions League Elite (ACL Elite) 2025/26,” jelasnya.

Bagi kesalahan yang dilakukan oleh jurulatih Kelana United FC pula, AFC turut mengenakan denda sebanyak USD5,000 atas pertuduhan bertindak dengan cara yang tidak wajar sehingga mencemarkan nama baik perlawanan tersebut.

Kesalahan dilakukan ketika pusingan awal AFC Women’s Champions League 2025/26 dan disiasat bawah Artikel 50.1 dan Artikel 70 Kod Etika dan Disiplin AFC.

Dalam pada itu, AFC turut mengenakan denda terhadap FAM berjumlah USD1,875 (RM7777.50) atas kesalahan melanggar Artikel 2.2 Manual Operasi Perlawanan AFC.

“Wakil pihak defendan menyebabkan kelewatan memulakan separuh masa kedua perlawanan selama dua minit tiga puluh saat,” tambahnya lagi.

Kesalahan tersebut dilakukan ketika perlawanan Malaysia menentang Laos di pusingan akhir kelayakan AFC Asian Cup 2027 pada 14 Oktober lalu.

Kesemua denda ini perlu diselesaikan pihak defendan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan diumumkan.

BACA: Isu Pemain Warisan: Pemalsuan Dokumen Jejas Asas Integriti Bola Sepak – FIFA

BACA: Saya Adalah CEO Harimau Malaya: Rob Friend

BACA: Ranking Harimau Malaya Terus Meningkat, Kini Di Tangga Ke-116 Dunia

Sumber: AFC