Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tiga Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

Iqbal Yasir
tiga negeri hujan awal pagi
Gambar: Bernama

Tiga Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan, negeri yang terlibat adalah Pahang, Sarawak, Sabah dan WP labuan.

“Di Pahang, daerah yang terlibat hanya Lipis dan Jerantut.

“Sementara di Sarawak pula melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Metoerologi Malaysia