Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Dua Sungai Utama Di Kelantan Melepasi Tahap Waspada – JPS

Sofea
dua sungai utama kelantan
Kredit: Bernama

Dua Sungai Utama Di Kelantan Melepasi Tahap Waspada – JPS

KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) — Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melebihi tahap waspada setakat pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 12.45 tengah hari ini.

Menurut laman web rasmi Public Infobanjir JPS, memaklumkan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang mencatatkan bacaan 58.11 meter, melebihi tahap waspada 56 meter sebanyak 2.11 meter, namun menunjukkan trend menurun.

Berikutan itu, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai merekodkan paras 31.08 meter, melebihi tahap waspada 30 meter sebanyak 1.08 meter.

Tinjauan Bernama di Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang mendapati paras air sungai berkenaan menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan yang direkodkan pada tahap waspada.

Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini (26 Nov).

Sumber: BERNAMA