Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Seram, Netizen Terkejut Lihat Haiwan “Ini” Muncul Dalam Banjir Di Thailand
Hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di Hatyai, Thailand dilanda banjir, sekali gus menyebabkan ramai yang terkandas termasuk rakyat Malaysia.
Dalam perkembangan lain, ada juga pengguna media sosial yang berkongsi keadaan paras air banjir di beberapa kawasan pelancongan di sekitarnya.
Selain itu, pihak berkuasa tempatan sedang berusaha mengawal keadaan dan memastikan keselamatan penduduk serta pengunjung di kawasan terjejas.
Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seekor ular bersaiz panjang dan berwarna hitam dilihat sedang ‘berenang’ dalam air banjir di Thailand menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @syafiqahsyammeera_ di Threads, momen itu dirakam dari bilik hotel ketika dia terkandas di negara tersebut.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, ular tersebut dilihat bergerak dengan tenang di permukaan air berhampiran Neo Grand Hotel, sekali gus menimbulkan rasa terkejut dan cemas dalam kalangan wargamaya.
Rakaman itu turut mencetuskan kebimbangan orang ramai, terutama bagi mereka yang membawa anak kecil kerana kelibat ular yang sukar dilihat mungkin menimbulkan risiko keselamatan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen tentang ular tersebut.

Sebelum ini, SK melaporkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hat Yai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang sedang melanda, namun semuanya dilaporkan selamat, menurut Kementerian Luar Malaysia.
Dalam satu kenyataan, kementerian berkata setakat petang Sabtu, kebanyakan daripada mereka yang terjejas sedang menginap di hotel bertingkat, meskipun terdapat yang mengalami gangguan sementara bekalan elektrik dan akses makanan ekoran gangguan setempat.
Kementerian Luar, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, sedang memantau rapat situasi banjir dan akan mengeluarkan perkembangan terkini keadaan di sana apabila perlu.
“Konsulat Jeneral di Songkhla telah mengaktifkan pasukan operasinya bagi membantu rakyat Malaysia yang mungkin terkandas atau memerlukan bantuan.
“Konsulat Jeneral juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, hotel dan kumpulan rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.
Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di +(66 74) 311 062 bagi pertanyaan umum, +(66 74) 316 274 atau +(66 81) 990 1930 untuk kecemasan, dan +(66 74) 324 004 atau 312 353 untuk bantuan tambahan, atau e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.
Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di +66-2340-5720 bagi urusan umum, +66-2340-5731 atau 5732 bagi urusan konsul pada waktu pejabat, +66-87-028-4659 untuk kecemasan pada hujung minggu dan cuti umum, +66-2340-5721 sebagai talian tambahan, atau e-mel mwbangkok@kln.gov.my.
Sumber: @syafiqahsyammeera_